innity

pages

Sunday, May 22, 2016

Mukhriz: 50 cawangan Umno Kedah usul undi tak percaya Najib


Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendakwa 50 cawangan Umno Kedah telah membuat usul tidak percaya terhadap presiden parti Datuk Seri Najib Razak pada mesyuarat agung tahunan masing-masing.
Mukhriz yang juga anak kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyenaraikan nama cawangan terbabit di Facebook beliau yang didakwa turut meminta pemilihan parti diadakan tahun ini.
"Mungkin ada lagi cawangan-cawangan yang buat usul yang sama tapi tidak melaporkannya.
"Jumlah cawangan ini tentunya akan dikatakan terlalu sikit berbanding jumlah cawangan Umno di Kedah.
"Tapi belum pernah dalam sejarah kita ada usul-usul seperti ini diluluskan oleh begitu banyak cawangan-cawangan Umno.
"Demi demokrasi dalam Umno, ini hak ahli-ahli untuk menyuarakan isi hati kami mengenai kemelut yg melanda negara," tulis pemimpin Umno itu.
Daripada senarai cawangan itu, 29 adalah daripada kawasan yang menyokong Mukhriz di Jerlun, manakala 11 adalah daripada bekas kubu kuat bapanya di Kubang Pasu.
Lain-lain kawasan termasuk daripada Kuala Kedah, Pendang dan Baling.
Mukhriz, bersama dengan timbalan presiden Umno yang digantung, Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadapi kemungkinan tindakan disiplin kerana mengkritik kepimpinan parti, khususnya Najib. - MK

Mukhriz: 50 Cawangan Umno Kedah Usul Undi Tak... oleh sinartv

5 comments:

  1. Kalau berita yang keluar dari mulut mukhriz atau mahadir....susah nak percaya. Anggapkan tu berita angin dulu sehingga ketua cawangan masing2 yang buat pengakuan bertulis kpd Presiden UMNO.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib dan geng pembodeknya lagi tak boleh dipercayai sebab memang banyak kali telah terbukti kaki bohong.

      Delete
  2. Boboi nk jadi PM ke... sory la,,, like father like boboi

    ReplyDelete
  3. Semua rakyat nyatakan dalam apa bentuk pun guling najib najis

    Media
    Seni
    Lagu
    Ucapab
    Dan lain lain

    Guling najib
    Guling najib
    Guling najib

    Berani
    Berani
    Berani

    ReplyDelete
  4. Dia ckp yg betul, + rakyat 1.2juta akan mengubah negara.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com