innity

pages

Friday, May 6, 2016

MENTERI PERTANIAN: Saya sepatutnya naik helikopter itu - Ahmad Shabery


KUCHING: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sepatutnya menaiki helikopter yang dilaporkan hilang petang semalam, namun diminta menaiki helikopter lain bersama Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang.

Shabery berkata, Jabu meminta beliau menyertainya untuk menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Bukit Saban dengan menaiki helikopter berbeza sebelum pulang ke Kuching. 

Katanya, helikopter yang hilang itu pula berlepas ke Spaoh untuk mengambil Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon bersama beberapa pegawai kanan kementerian berkenaan. 

"Ketika itu hujan lebat dan selepas berhenti, beliau (Jabu) menaiki helikopter berkenaan di Bukit Saban, Betong manakala helikopter yang lagi satu (yang hilang) pula berlepas ke Spaoh untuk mengambil Noriah. 

"Tidak lama selepas kami berlepas, keadaan cuaca kembali buruk menyebabkan helikopter yang kami naiki mengalami gangguan beberapa kali," katanya ketika dihubungi, semalam. - BH

4 comments:

  1. Larrr..knp x naik...bbrp hari lalu abis dikerah semua kabinet mesyuarat di kuching dlm keadaan bajet kementerian dihadkan..semua menteri..timb menteri berkampung di sarawak...utk apa? Utk menabur dedak dan menyalahguna dana utk menunjukkan najib masih dpt sokongan? Tidakkah ini mungkin peringatan kpd yang lain? Sudah2 lah tu...

    ReplyDelete
  2. Betul..kenapa nak buat mesyiarat di sarawak? Apa beza dgn Mukhriz Mahathir buat mesyuarat exco di KL?

    Apa2 pun takziah kepada keluarga yg terlibat. Kerajaan kena bertabggungjawab dalam hal ini.
    PRN sarawak untuk sarawak..yg hairan di panggil semua menteri ke sana..

    ReplyDelete
  3. Sewa heli sapa bayar.... Brapa bijik Pakai...... Kempen p/raya urusan k'jaan
    ka.... Bukan urusan Pati ka....

    ReplyDelete
  4. Sabery patut bersyukur yg amat2 kerana Allah telah memberi dia peluang yg tak ada calang2nya. Harus dirikan solat syukur. Harus juga dia muhasabah diri kerana Allah telah menghindari dirinya drp ditimpa musibah yg merenggut kedudukan,nama dan harta, juga kasih sayang keluarga. Memang ada nasib baiknya namun ada juga hikmahnya. Maka pandai2lah memaklumi hikmahnya apa yang Allah nak sampaikan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com