innity

pages

Sunday, May 8, 2016

(MENANG SARAWAK TANPA GAMBAR NAJIB) 2 PRK menanti bakal jadi ujian hidup mati Najib - Zam


Kemenangan besar BN dalam pilihan raya kecil Sarawak memang sudah diduga namun tidak dapat mengukur sejauh mana sokongan rakyat terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin berkata, ini kerana kemenangan BN di Sarawak dipengaruhi faktor kepimpinan Tan Sri Adenan Satem yang disifatkan telah berjaya 'menyelamatkan maruah' perdana menteri itu.
Bagaimanapun kata Zainuddin, BN bakal menghadapi debaran hebat dalam dua pilihan raya kecil parlimen berikutan kematian dua wakil rakyatnya baru-baru ini.


"Dua pilihanraya kecil ini lebih bererti daripada pilihan raya besar 82 kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak.
"Lebih mengerikan jika difikirkan bahawa dalam pilihan raya umum lalu, Allahyarhamah Noriah Kasnon mengatasi calon PAS hanya dengan 399 undi di kawasan Sungai Besar dan Wan Mohamad Khairil Anuar Wan Ahmad menang dengan hanya 1,082 undi dalam tandingan tiga penjuru," tulisnya di blog beliau hari ini.
BN kehilangan dua wakil rakyatnya iaitu Ahli parlimen Sungai Besar, Datuk Noriah Kasnon dan ahli parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di kawasan Sebuyau, Sarawak petang Khamis lalu.
Selain Noriah dan Wan Mohammad Khairil, empat lagi individu terkorban dalam nahas itu ketika helikopter tersebut dalam penerbangan dari Betong Ke Kuching.
Menurut Zainuddin, dua kawasan parlimen itu akan menjadi pertempuran hidup dan mati bagi Najib dan sekiranya BN mengalami kekalahan, ia akan menjatuhkan moral perdana menteri itu 'serendah-rendahnya'.
"Jika sekiranya BN menang di kawasan-kawasan ini maka pastinya akan mengangkat maruah Najib setinggi-tingginya, menaikkan semula imej BN dan memberikan harapan baru kepada Umno dalam menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang.
"Jika menang, Najib juga akan dapat membersihkan kekotoran imejnya sekian lama kerana isu 1MDB, RM2.6 bilion dan masalah isterinya," katanya.
"Dua pilihan raya kecil ini memberi peluang lebih awal kepada rakyat untuk memberikan hukuman kepada pemerintahan Najib yang berada dalam krisis.
"Bagi Najib, ia akan menjadi medan pertempuran untuk hidup atau mati," kata Zainuddin. -

14 comments:

  1. Isyarat jelas dari Sarawak.

    Kami adalah nadi BN.

    Sebagai subjek penting, kami sangat layak utk jawatan PM selepas PRU14 nanti.

    ReplyDelete
  2. 1 dun di sarawak bernilai rm3.6juta
    Adakah 2 prk akan datang najib labur rm7juta?....

    ReplyDelete
  3. Tanpa gambar tu pintar tujuannya..tanpa gambar najib tu adlh atas arahan najib sendiri..SARAWAK FOR SARAWAKIAN sangat tebal tertanam dlm hati org sarawak..jika gambar najib terpampang di merata rata maka itu sudah boleh mggugat sedikit minat rakyat sarawak utk mnyokong adnan yg mereka anggap sarawakian sejati yg mereka anggap sbg bapak banding najib..itu semua najib dah tahu..najib boleh sahaja mengarahkan gambarnya di pampangkan tiap tiap 50meter tapi inilah kebijaksanaan politik najib..bukan hanya pandai berbicara tapi harus pandai percaturan..itu semua taktik peperangan..hanya yg pintar faham maksud tanpa gambar najib..itu juga membuat rakyat sarawak menilai bahwa kenapa yaa tiada gambar najib nii..mereka akan terfikir wahh rupa rupanya najib ikhlas mnyerahkn pimpinan sarawak pada sarawakian..tak macam gambar lim kit siang pampang sana sini..org sarawak pun heran tengok baru bape hari enjak sarawak gambar dah kalah kalah banyak gambar adnan..hehehe..itu semua kebijakan politik najib..yg no.1 tetap najib no.2 adnan dlm bn sarawak walaupun gambar yg korang cari cari sangat tu tak ada..itu semua namanya kepintaran politik..
    Tak mcm lim kit siang pegi kempen kat umah pnjang cerita pasal 1MDB lah WSJ lah RM2.6B lah hahaha mana nak masuk kepala pakcik pakcik makcik makcik tuu..diorang tepuk tangan je..Wall Street Jurnal ko sebut ada yang sangka aiskrim WALLS..hehehe nk bekempen pun agak agak lah orang baru lepas minum tuak nak cite pasal kes 1MDB mana masuk otak..tambah ngantuk pakcik tu katanya apak diak cakap tuk bagus sayak balik tidur..

    ReplyDelete
  4. Kat 2 kawasan tu aku agak mmg sengit..kita tunggu samaada najib akan arahkan gambarnya dipampang merata rata atau gunakan strategi sama di sarawak dengan tanpa gambar..beliau akan mgkaji dahulu nak letak gmbr ke atau tak letak..kalau dgn letak gmbar beliau BN akn kalah baik tak payah letak..baik letak gmbar calon BN je disamping isteri calon tu dan MB Perak..setahu aku kat kuala kangsar ramai gak keturunan bugis daeng selili yg dah kawin mawin dgn melayu lain..maybe DSN akn guna falsafah bugis utk tarik melayu bugis sokong beliau disamping memikirkan nak pasang gmbr atau tak yah..
    Semlm MB Sgor ajak PAS bersatu kembali dgn DAP dan PKR ekoran kekalahan besar pakatan di srwk..kalo PKR PAS o.k je..tapi kalo DAP aku fikir PAS tak sempat nak fikir hati mulai sakit kembali..luka PAS belum sembuh lagi setelah dihina diludah dibuang oleh dap ditambah lg rakan rakan meninggalkn mereka aku rasa PAS tak akn kmbali..mereka memilih 'mati' drpd kmbali pd pgkhianat..falsafah PAS sekarang biar kalah asal dapat ajar pengkhianat..itu lebih mulia daripada kembali pd pgkhianat..
    Sekarang siapa punya ludah lebih berbisa DAP atau PAS..DAP ludah PAS di pulau pinang dan sekarang PAS ludah DAP di srawk dan akn terus ajar DAP..korang dah lupa ke keangkuhan lim guan eng bidas guru hadi buang ahli pas penang dari krajaan penang dan umum putus hubungn dgn ahli PAS..ahli yg gelabah dgn tindakn DAP mula la tinggalkn PAS dan tubuhkn parti baru demi meneruskan silaturahim dgn DAP..pehh!! sakit bro sakit..

    #RESPECT PAS (Kamikaze)

    ReplyDelete
  5. Kalau dah pencen tu duduk diam jer lah..

    ReplyDelete
  6. Berani ke Najib nak buat PRK kat Sg.Besar dan
    Kuala Kangsar......???
    Saya dengar, PRK tak boleh diadakan dalam tempoh
    DUA TAHUN SEBELUM PRU, betol ke........??????
    Dan, kalau diadakan PRK pun, bolehkah pasti BN
    kalah sebab dah pasti PAS dan AMANAH masuk bertanding.
    Kancil sama kancil berperang, gajah yang untung!!!

    ReplyDelete
  7. macam macam la ko ni zam....aku tahu la ko pencacai madey kutty kerala...

    ReplyDelete
  8. Igtkan menang besar kat sarawak dah bleh tido lena sambil senyum...rupanya ada prk yg menunggu najip...kesiannnnn makin kusut fikiran beliau dan sesekongkolannya...
    Takziah pd mangsa nahas heli di sarawak...

    ReplyDelete
  9. Klu dh nmnya pembangang mkbamgang btul la. Tgk rating la bape pembangang menang kt sarawak utk ukur lwn kt semenanjung. Kt sn isu2 tu x lut kt sini camne lh lut lak? Ke nk ckp org sarawak tu mentaliti dia rendah smpai kn tipu Najib? Pembangang2..

    ReplyDelete
    Replies


    1. Hidup lagi ko ni oasispig.

      Rindu pulak lama tak baca komen ko.

      Tapi biasa la ko punyo standard.

      Ejaan lintang pukang, idea takde.

      Merapu jer lebih.

      Hehehe.... Jangan marah....


      Delete
  10. Kemenangan NAN FEVER yang berasas kan kepimpinan kedaerahan sempit, parochial dan insular.
    Kemenangan yang harga nya amat mahal bagi 5 keluarga semananjung,yang kehilangan ahli keluarga.
    Kehilangan Anak,Ayah,Ibu ,Adik,Abang,Sepupu Bapa saudara..
    Tiada lagi tempat bermanja,tumpang berteduh,bergurau,berkasih dan di raikan dan bermeriahkan majlis sanak saudara dan kerabat.
    Harga yang mahal telah bi bayar tunai.Berhutang bayaran ini adalah sampai bila bila.
    arjuna waspada
    changkat lobak.

    ReplyDelete
  11. Pandangan seorang loser.... tak boleh ambil kira..dan dilayan..pemakan dedak yg selama lamanya...berpola krala...!

    ReplyDelete
  12. Berat ni. Najib kena cari lagi arab yg bagi sedekah kat dia. Duit semua dah abis kat sarawak. Takkan nak postpone janji buat jembatan kat sarawak. Kena pinjam kat binilah. Kena cari cepat tu. Noh Omar dah siap budget dah tu. Pasti nak pakai banyak ni. Haritu menang sikit sangat. Budak Noh dah mula nampak duit dah tu.

    ReplyDelete
  13. Zam tak payahlah nak perlekehkan orang lain. Hang sendiri pun tersemban di Sungai Petani. Seorang Wakil Rakyat berstatus Menteri Kanan boleh cium pungkoq Johari Abdul lagi mau sembang deraih.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com