innity

pages

Wednesday, May 4, 2016

MEF: Kerajaan perlu kurangkan GST untuk RINGANKAN BEBAN RAKYAT, bukan naikkan gaji minimum


KUALA LUMPUR, Rabu – Kerajaan perlu mengurangkan kadar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) untuk meringankan beban rakyat, bukannya dengan menaikkan gaji minimum.
Bercakap perkara itu, Pengarah Eksekutif Persatuan Majikan Malaysia (MEF) Datuk Shamsuddin Bardan berkata, sasaran kerajaan dengan meningkatkan gaji minimum bagi meringankan beban rakyat mungkin tidak dapat dicapai.
Ini berikutan langkah tersebut hanya akan mengakibatkan rakyat hilang pekerjaan.
“Kalau pihak majikan terpaksa lakukan pemberhentian kerja, akan timbul lagi masalah sosial lain, lebih elok rakyat mempunyai pekerjaan daripada hilang kerja,” katanya.
Beliau berkata demikian apabila MEF sebelum ini menjangka, peningkatan kos operasi dari kenaikan gaji minimum akan memaksa majikan tempatan memberhentikan sehingga 60,000 pekerja tahun ini.
Datuk Shamsuddin berkata majoriti pemberhentian kerja dijangka berlaku di sektor minyak dan gas, perbankan dan kewangan, serta insurans dan peruncitan.
MEF juga khuatir pekerja peringkat bawahan akan menjadi mangsa pemberhentian kerja tahun ini.
Ini memandangkan 70 ke 80 peratus dari 38,000 pekerja yang diberhentikan tahun lalu adalah dari peringkat atasan dan pertengahan. - ismaweb

9 comments:

  1. Penilaian bijak sebenarnya adalah dari orang yg memandang sesuatu dgn menyeluruh dan mengkaji serta mencari jalan penyelesaian..bukan menambah minyak ke dlm api..syabas tuan..

    ReplyDelete
  2. Najib bodoh...nak sapu duit rakyat
    Bengong najib ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cukai pendapatan pun kena kurangkan juga

      Delete
  3. Gst takde...rakyat tak bising pun..walau barang naik harga.
    Bodoh najib

    ReplyDelete
  4. Cuba buat memorandum rakyat tulis semua yang najib tak betul...semua rakyat tua muda kabak kanak yolak najib

    ReplyDelete
  5. Cuba buat memorandum rakyat tulis semua yang najib tak betul...semua rakyat tua muda kabak kanak yolak najib

    ReplyDelete
  6. Ada baiknya gst, jgn kita pandang negatif jer. Pandang disudut pentadbiran kerajaan dlm jangka masa yg lama. Bukan negara.kita saja yg nenghadapi situasi ekonomi sekarang, boleh dikatakan semua negara didunia menghadapi krisis ekonomi cuma kita tidak tahu. Negara barat telah lama perkenalkan
    gst supaya dapat meransang dan menjana ekonomi yang baik dimasa akan datang. Zaman susah sama-sama susah begitulah sebaliknya. Tak kan kerana gst naktukar kerajaan. Belajar bersabar tak lama lagi nak pru 14 tak sampai dua tahun lg. Masa pru nanti gunakan lah satu undi setiap individu yg boleh mengundi dan tukarlah kerajaan. Keputusan membentuk kerajaan bukan mudah sebab hak setiap individu hanya satu undi. Fikirlah secara berhemah dan jaga.jgn nenghasut orang lain.

    ReplyDelete
  7. ish..mana leh kurangkan GST..camne nak bayar hutang 1MDB..lagi pun..kan ah jib nak bawa kita ke negara berpendapatan tinggi...

    ReplyDelete
  8. ADO KO OREY GILO HOK TAKSE GAJI TINGGI.MAT BANGLA PONG NOK GAJI MAHAL.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com