innity

pages

Sunday, May 1, 2016

MAZA selalu TAK FAHAM KONTEKS, Mahu Jadi Serba Tahu?


Kadang-kadang terasa kesian kepada Asri MAZA yang terlalu celupar mulut (tangannya menulis) dalam perkara-perkara yang dia sendiri tidak selidiki terlebih dahulu. Apabila terpancul dari mulutnya, asyik yang tidak kena sahaja bila komen tentang orang lain.
Terbaru, fitnah dia terhadap intitusi yang ditubuhkan hasil dari keputusan mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu. Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) difitnah oleh MAZA dalam kiriman di FBnya dengan mengatakan IKSIM “menuduh jari menyalahkan pelbagai pihak dan … bersifat sectarian”.
Apakah asas tuduhan fitnah MAZA tersebut? 
Kenapa tiba-tiba, ketika di Tanah Suci Makkah, MAZA terasa ingin mengeluarkan fitnah sedemikian?
Apakah hanya dengan suatu kenyataan yang juga memfitnah IKSIM sebagai “menyebar fitnah dan kebencian” oleh SUA IKRAM membuat MAZA menyambungkan fitnah tersebut.
Dua kali salah tidak membetulkan keadaan. Dua kali fitnah tidak membuat fitnah tersebut jadi benar. Ini bukan matematik.
Kesian dengan seorang yang bergelar mufti kali kedua tetapi terlalu mudah menjadi penyambung fitnah. 
Kesian kerana sebagai seorang mufti MAZA tidak mengikut kaedah dalam memberi komen dan membuat kenyataan. Apakah itu kenyataan mufti atau seorang blogger?
MAZA pernah dahulu menyelar ISMA sambil membela orang Kristian dan mengatakan orang Kristian adalah orang yang lebih dekat dengan orang Islam. 
Mungkinkah MAZA mengkritik ISMA berdasarkan ayat Al Quran Surah Al Maaidah ayat 82? 
Jika benar maka dangkal dan menyeleweng sungguh seorang mufti memetik ayat Al Quran dengan tidak mengambil kira asbabul nuzul dan tafsiran muktabar apabila membandingkan dengan isu yang dibicara olehnya. 
Ayat tersebut jauh sekali dengan sifat pelampau evangelis Kristian di Tanah Air ini  yang ingin memurtadkan kita berbanding dengan orang Nasrani Habshah itu yang tersangat gembira dengan berita kedatangan Nabi akhir zaman dan akhirnya mereka yang memeluk Islam – bukan jahat bersungguh mahu memurtadkan orang Islam.
MAZA juga pernah memberi kiasan bahawa jika tidak dibenarkan orang Kristian mengguna kalimah Allah, bagaimana mereka mahu menyanyi lagu Negeri Selangor. Ini juga TERSANGAT jelas, MAZA tidak faham isu. Sebagai seorang mufti MAZA GAGAL. Bagaimana membuat kiasan tidak boleh menyanyi (atau sebut nama Allah) dengan menggunapakai nama Allah. Tidakkah MAZA baca terlebih dahulu larangan yang dibuat dalam Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 Negeri Selangor?
MAZA langsung tidak faham KONTEKS.
PERSOALAN YANG BESAR – kenapa MAZA secara tiba-tiba padamkan posting tersebut dari FB? Orang seperti MAZA ini sanggup heret orang lain ke mahkamah … takkan kali ini dia pula yang TAKUT? Jika takut, jagalah mulut sebelum memuntahkan fitnah.

2 comments:

  1. maza ni gempar je kuat...ilmu dn hujahnya tak begitu power sebenarnya. kdg2 mcm lalang ditiup angin la......toksah jdi mufti la senang.

    ReplyDelete
  2. Maza ni lebih baik jadi mufti dalam keadaan senyap, jgn lah terlalu agresif sangat. Kalau jadi mufti negeri perlis, jaga lah jajahan takluk saja. Jgn campur hal luar perlis. Kalau nak jadi pendakwah, letak jawatan mufti jadilah pendakwah bebas seluruh dunia. Orang tua-tua dan orang alim pernah sebut..alang-alang tukang rosak kayu, alang-alang alim rosak agama. Tulisan ini tak berniat apa cuma setakat nasihat saja.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com