innity

pages

Wednesday, May 18, 2016

Ku Li akui akar umbi UMNO masih pandang tinggi Tun M


KUALA LUMPUR – Meskipun bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir kini sedang rancak mengkritik kepimpinan Datuk Seri Najib Razak, akar umbi UMNO masih memandang sumbangan-sumbangan beliau selama 22 tahun memerintah negara.
Pemimpin veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, rakyat tidak boleh menafikan perkara itu walaupun setelah Mahathir bertindak keluar dari UMNO.
“Sudah tentu kerana beliau telah berada di sana (memerintah) sejak sekian lama dan selain apa yang beliau telah lakukan, kepimpinannya, dia (Dr Mahathir) juga masih mempunyai pengaruh.
“Rakyat tahu siapa dia, apa yang dia lakukan sewaktu memerintah dahulu dan segalanya, kita tidak menafikan perkara itu,” kata Ku Li di Parlimen, hari ini.
Selain itu, Ku Li juga tidak menafikan Dr Mahathir seorang yang sedar apa yang dilakukan.
“Dia mempunyai objektif. Jadi, sudah tentu dia akan mempromosikan objektifnya agar tercapai. Dia akan buat yang terbaik,” katanya.
Mengulas berkenaan dua Pilihan Raya Kecil (PRK) yang bakal diadakan, Ku Li akui sukar menjangkakan sama ada Barisan Nasional (BN) mampu mempertahankan kerusi atau sebaliknya.
“Sukar untuk saya ulas, kerana dia (Dr Mahathir) sering mengejutkan. Dengan semua cadangannya, saya tidak boleh nilaikan situasi atau memberikan cadangan, ia sukar,” katanya.

11 comments:

  1. Objektif dia mmg nk naikkn boboi yg x menyelah pn. Ko ingat dia nk naikkn anwar ke? Pg jln la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg tak sekolah jer yg tak kenal tun dab tak paham ayat ku li tu.Ada lagi.

      Delete
    2. Kalau nak naikkan anak dia ..dah lama dia boleh buat dah ..kau bebal ke apa. Jangan bagi komen banganglah dik oiiii

      Delete
  2. Dah keluaq balik malaun oasispg ni..aku rindu komen mangkaq hg wei..

    Bodoh..kalau nak naikkan anak dia pasai apa dia tak bg anak dia pegang jawatan dlm umno time dia pm?awat dia tak nak naikkan anak dia time tu?

    Hg blk la main dgn boboi kecik hg dlm seluaq tu..

    ReplyDelete


  3. Betui la.

    Dah lama tak dengar oasispig ni.

    Rindu pulak dah lama tak tibai dia.

    Hehehe.

    Saja nak usik jer.

    Maap no.


    ReplyDelete
  4. Tau pun hebat Tun!! Bukan macam mu macam lalang kejap ketepi kejap ketengah

    ReplyDelete
  5. 'Objektif dia nak naikkan kan boboi'!Kalau tak betul boleh jadi fitnah tu,hehehe...orang pandai agama kan ahli syurga mana ada heran kalau buat fitnah lain la kalau yang tak tahu agama,kalau mereka ckp dgn fakta pun nanti dilabel sebagai anjing-anjing neraka.

    ReplyDelete
  6. Nape? Rundu ke? Aku pn rindu gak ngan tunggu jawapan dari korang sume. Sampai skang x kan x de soramg pn yg boleh bagi hujah konkrit melwan pemerintah ni

    ReplyDelete
  7. alasan pendek akal Qasispg......

    ReplyDelete
  8. Komen bodoh aje baik mereput lah tak yah masuk sini...

    ReplyDelete
  9. Korang la suntuk akal. Sampai skang x jwb lg soklan aku.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com