innity

pages

Saturday, May 14, 2016

Kisah Tun Mahathir MENITIS AIR MATA


Ramai yang bertanya kenapa Ayahanda Tun menitiskan Airmata sedangkan kali terakhir kita lihat Ayahanda Tun menitiskan Airmata ketika mengumumkan Perletakan Jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke4.
Jelasnya jawapan saya tidak akan berkemampuan mewakili Ayahanda Tun.
Di hari bersama Tun, bersaksikan Mohd Fahmi Huzairi dan Isteri saya, kedua-duanya paling hampir berdiri disisi Tun, Jelas saya sampaikan kepada Tun :
"Saya, Isteri saya dan Mohd Fahmi Huzairi dibantu oleh rakan-rakan".
"Kami bertiga ke Johor ke Melaka ke N9 ke Kedah,Penang dan Perak didalam Jelajah Deklarasi Rakyat untuk mencetuskan agar rakyat bangkit secara terbuka".
"Kami berjaya cetuskan dan inilah hasilnya hari ini kami bawa, kami berjuang bersama Tun".
Selesai menyerahkan kandungan Beg yang kami bawa bersama.Saya bertanya :
"Tun if I may..." Sebelum habis bertanya, Tun memahami hajat saya lalu Tun terus mendakap erat dan saya tidak lupa terus merangkul Fahmi bersama kerana masih segar diingatan betapa setianya Fahmi bersama kami suami isteri dan rakan-rakan di seluruh pelusuk Negeri disepanjang Jelajah Deklarasi Rakyat kecil-kecilan yang kami laksanakan.
Dalam dakapan saya bisikkan ke telinga Tun - "Tun thank you for everything that you have done for the Country...for us.We Love you as much as we love our Country"
Ketika itulah sayup-sayup kedengaran tangisan Tun di bahu Saya.Dalam dakapan, Airmata kami berlinagan bersama.Terasa berat sungguh perasaan yang ditanggung oleh Ayahanda Tun.
Begitulah serba sedikit penjelasan yang mampu saya kongsikan buat rakan-rakan.
Wallahualambissawab.
Bronco Gavel 

15 comments:

  1. Tun menangis memikirkan nasib rakyat. Najib ke london berehat sakan. I really dont see the point of him attending the russian summit. By the way out relationship has always been good with britain with or without najib.

    ReplyDelete
  2. Selalu sangat keluar air mata depan public ni lain macam je

    ReplyDelete
  3. hujan tidak rebut tidak tetiba dah ada 1.27 juta tandatangan
    aku pun ahli PKR balik pulau ... tak tau cerita pun ada program nak tandatangan ni ...
    apa kami ni dari ranting parti tak cukup syarat ke ... perlu ada diploma .. degree ... phd baru boleh sign ?????

    ReplyDelete
    Replies


    1. Laaa 11.24,

      Kau duduk dalam gua mana?



      Delete
  4. Tanya tun..apa dia tulis pd almarhum tunku abd rahman dahulu.....dan APA almarhum tunku balas??????

    ReplyDelete
  5. Tanya tun..apa dia tulis pd almarhum tunku abd rahman dahulu.....dan APA almarhum tunku balas??????

    ReplyDelete
  6. Harapkan TUN M saja la yang boleh nak bersuara...yang lain pak2 menteri spesis bodoh sokong buta tuli...kali ni mampuih aku tak pangkah BN. BN memang sinonim ngan songlap duit rakyat.

    ReplyDelete
  7. boleh ke najib turun waima dhn 3 juta tandatangan....saya pun dah 16 kali sign declaration tu

    ReplyDelete
    Replies


    1. Patutla kena reject borang ko tu.


      Delete
  8. Semoga Allah sentiasa bersama Tun.Tun fatherly figure yang sangat baik orang nya. Saya pernah berkesempatan bertemu Tun dipejabatnya. Negarawan yg hebat, seorang pendengar yang baik..antara Tun Dan Najib umpama langit dengan bumi..jika keduanya, pastinya Tun berada dilangit! Semoga Allah SWT sentiasa memelihara Tun yg amat menyayangi negara..

    ReplyDelete
  9. nak membangunkan negara munkin tidak sukar tapi NAk membetulkan manusia
    ini yg merumitkan tun

    ReplyDelete
  10. Look Bro, I am way out in Nth America and I was very very touched, that I too had traces of my tears.

    Thank you Brothers thank you Tun from anak melayu di luar negara betapa dekat nya hati kepada Tanah Tumpah Darah.

    My prayers Tun and the rest are given easy passage in life.

    MLN

    ReplyDelete
  11. Semua PM ada buat salah termasuk Tun tapi tk seteruk Najib. Ada Pak Lah pun tk boleh harap.

    ReplyDelete
  12. Tun M buat sidang akhbar semua wartawan boleh hadir..Najib punya siap ada wartawan tak boleh hadir...lupa pulak...berapa kali dah Najib ni buat sidang akhbar terbuka?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com