innity

pages

Monday, May 16, 2016

KAMAR KHAS DEWAN RAKYAT MULA BERSIDANG PETANG INI



Buat kali pertama dalam sejarah Parlimen negara, Persidangan Kamar Khas Dewan Rakyat diadakan sempena Persidangan Dewan Rakyat, di Kamar Khas, Bangunan Sementara Parlimen, di sini, petang ini.

Setiausaha Bahagian Komunikasi Korporat Parlimen, Tengku Nasaruddin Tengku Mohamed dalam notis pemberitahuan diedarkan kepada media berkata, persidangan tertakluk kepada Peraturan Mesyuarat 17 Baharu (Kamar Khas).

"Mesyuarat jam 2.30 petang ini adalah kali pertama bagi Persidangan Kamar Khas Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat," katanya.

Dalam pada itu, mengikut Aturan Mesyuarat Dewan Rakyat hari ini, dua Ahli Parlimen akan berucap pada Persidangan Kamar Khas iaitu Wong Ling Biu (DAP-Sarikei) mengenai Klinik 1Malaysia di Jakar, Sarikei dan masalah Poliklinik Sarikei dijawab YB Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Haji Yahaya, Timbalan Menteri Kesihatan.

Ini disusuli Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) mengenai nasib penoreh getah di Kedah mesti dibela dan jangka dijawab Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com