innity

pages

Thursday, May 19, 2016

JK transgender Pulau Pinang 'haram' - PERKASA


PERKASA kesal dengan pembentukan Jawatankuasa Transgender Pulau Pinang oleh kerajaan DAP Pulau Pinang yang diketuai oleh ADUN Tanjung Bungah dari DAP, Teh Yee Cheu.
Pengerusi Biro Hal Ehwal Islam merangkap Ahli Dewan Tertinggi PERKASA, Dr Amini Amir Abdullah berkata, kelompok transgender tidak sepatutnya diberi layanan yang istimewa sama ada di hospital, penjara atau tandas berasingan.
"Layanan istimewa ini tidak perlu kerana jantina mereka adalah jelas lelaki.
"Dalam Islam, transgender tidak mendapat sebarang pengiktirafan kerana mereka yang melakukan penyerupaan (tasyabbuh) jantina sama ada dari segi tutur kata, tingkah laku, pakaian dan perhiasan serta seumpamanya adalah haram dan berdosa besar.
"PERKASA kesal kerana kerajaan DAP Pulau Pinang tidak menjaga sensitiviti umat Islam dalam isu yang berkaitan dengan perkara halal dan haram," katanya dalam kenyataan.
Dua hari yang lalu, jawatankuasa itu mengadakan mesyuarat pertamanya di dewan undangan negeri Pulau Pinang lepas kira-kira tujuh tahun melobi bagi jawatankuasa itu dibentuk.
Teh Yee Cheu selaku pengerusi sementara jawatankuasa itu berbincang mengenai aktiviti yang akan datang untuk komuniti transgender di negeri ini.
Antara aktiviti termasuk kebajikan yang lebih baik untuk masyarakat terpinggir ini, terutamanya bagaimana individu terbabit dirawat di hospital dan penjara, kata Teh.
Jawatankuasa itu juga akan berkempen untuk tandas berasingan bagi transgender, katanya.
Mengulas lanjut, Amini Amir berkata, kebanyakan ulama berpendapat bahawa mengubah ciptaan Allah adalah haram hukumnya termasuklah menukar jantina.
"Di samping itu, terdapat beberapa Hadis yang melarang kecenderungan kepada transgenderism, antaranya: Sabda Nabi Muhammad SAW. yang bermaksud: Rasulullah melaknat orang lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai orang lelaki.
"Dalam Hadis yang lain, Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud: Rasulullah SAW. melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki," kata beliau lagi.
Justeru, PERKASA menggesa agar kerajaan DAP Pulau Pinang membatalkan jawatankuasa itu dengan segera dan menjaga sensitiviti umat Islam dan tidak bertindak secara semborono, ujarnya.
Sesungguhnya, masih ramai komuniti lain yang memerlukan perhatian dan bantuan berbanding dengan kelompok transgender, tambah beliau. - MK

1 comment:

  1. Dengan ini semua umat Islam berfikrah sunnah wal jamaah wajib menjatuhkan DAP dan mengeluarkan mereka darpd politik dan apa apa sahaja bentuk organisasi kerana jelas mereka memperjuangkan kesesatan, kemaksiatan, kerosakan akhlak dan menentang agama Islam.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com