innity

pages

Monday, May 30, 2016

Jangan Tangkap Orang Yang Hina Saya - TMJ


PETALING JAYA: Tunku Ismail Sultan Ibrahim meminta pihak polis supaya tidak menangkap mereka yang membuat kenyataan berunsur hasutan terhadapnya.

Sebaliknya Tunku Mahkota Johor itu berharap pertemuan dapat diatur antara beliau dan mereka yang terlibat.

"Saya lebih suka jika pihak berkuasa dapat menganjurkan pertemuan antara saya dengan individu-individu tersebut dan memberikan mereka peluang untuk menyuarakan apa yang mereka mahu katakan kepada saya secara berhadapan," katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan yang disiarkan di laman Facebook Johor Southern Tigers pada Isnin.

Baru-baru ini seorang penyokong bola sepak Pahang, Muhammad Masyhur Abdullah ditahan polis kerana dituduh mengutuk Tunku Ismail yang juga pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) di Twitter.

4 comments:

  1. Kutuk je kn tangkap. Dh mcm kt korea utara plak aku rase

    ReplyDelete
  2. Tuanku seorang yang baik dan hebat dikurniakan ilmu oleh Allah. Patik amat mengagumi Tuanku..itu satu pendirian baik dan tindakan jujur Tuanku terhadap orang yang menghina Tuanku. Patik berdoa kehadrat Allah semoga Tuanku diberi kesihatan yang baik..diberkati segal usaha untuk membangunkan sukan dan mentadbir negeri Johor kearah kecemerlangan..

    ReplyDelete
  3. Taksub nmpk. Sultan ke rakyat biasa ke yg di nilai Allah ialah ketaqwaan. Cube bersikap rendah diri dan bersama2 dlm program kebajikan spt sultan kelantan. Rakyat lbh tau menilai.

    ReplyDelete
  4. X kan minta diberi kesihatan yg baik dan berkat je. X nk minta diberi petunjuk dan hidayat dan keslamatan dunia akhirat ke? Pe jenis doa la dia ni..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com