innity

pages

Tuesday, May 24, 2016

Isteri hadiahkan Taib Mahmud Bentley RM1.5 juta


Yang Dipertua Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud telah menerima hadiah sebuah kereta mewah berjenama Bentley yang dipercayai bernilai RM1.5 juta daripada isterinya, Ragad Waleed Al-Kurdi.
Menurut sumber, pemberian hadiah tersebut adalah sempena hari jadi Abdul Taib ke-80 dan ulang tahun perkahwinan mereka yang kelima.
Ragad yang berasal dari Syria dan berkahwin dengan Abdul Taib pada tahun 2010 selepas kematian Laila Taib akibat kanser.
Sebelum Ragad, perkahwinan beliau dengan arwah Laila pada 1959 dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Jamilah, Mahmud Abu Bekir, Sulaiman Abdul Rahman dan Hanifah serta 15 cucu.
Mengulas lanjut, sumber tersebut menambah, kejutan hadiah tersebut diberikan ketika majlis sambutan hari jadi berkenaan pada hujung minggu yang lalu di Kuching, Sarawak.
Kenderaan berwarna putih itu disampaikan dengan cukup istimewa dengan diikat dengan reben gergasi sebelum diserahkan kepada Abdul Taib, jelasnya.
Pada masa yang sama, sumber tersebut turut menyangkal laporan sebelum ini yang mendakwa hadiah itu dari Abdul Taib kepada Ragad.
Malaysiakini telah menghubungi pejabat Tuan Yang Terutama (TYT) Sarawak untuk pengesahan dan sedang menunggu maklum balas. -MK

8 comments:

  1. Gimik je.duit beli bentli Tu dr laki dia jugak

    ReplyDelete
  2. Rakyat marhain boleh tengok jelah..

    ReplyDelete
  3. Ya la...korang dipilih rakyat tapi korang jadi raja, duit dapat dari mana tak siapa boleh jawab, hanya kamu dan Allah shj tau. Sarawak sepatutnya dikembalikan kpd kuasa melayu islam tapi sarawak dah jadi majoriti pagan dan kristian. Pemimpin hari ni hanya fikir nak kluar Malaysia dan jauhi Islam. Apa yg kamu buat Taib?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selain kamu salahkan orang lain, adakah kamu ada saham untuk menjadikan rakyat sarawak kembali intim keseluruhannya dgn Islam? Atau hanya tahu hentam orang, tapi diri sendiri zero!

      Delete
  4. Ada berita kata taib bagi kat bini..ni bini bagi kat taibb...klu hal keluarga mcm ni xade nilai berita..buang masa..

    ReplyDelete
  5. Ade berita tak taib dok atas bini dok bwh..hihi..

    ReplyDelete
  6. Ada berita lain..taib bagi kat bini..apa punya berita da..

    ReplyDelete
  7. Lantak depa lah..depa ada duit..yg Korang tu LA patut risau..duit tadak

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com