innity

pages

Thursday, May 5, 2016

Helikopter dinaiki ORANG KENAMAAN terputus hubungan di Sarawak


KUALA LUMPUR 5 Mei - Sebuah helikopter milik Hornbill Skyways yang dipercayai membawa lima penumpang termasuk orang kenamaan terputus hubungan dengan menara kawalan trafik udara di Betong, Sarawak, dekat sini petang ini.

Difahamkan, pesawat yang berlepas dari Betong menuju ke Kuching, Sarawak dan terputus hubungan kira-kira pukul 5 petang.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

“Ya, pesawat itu terputus hubungan dengan menara kawalan trafik udara sebaik sahaja berlepas dari Betong menuju ke Kuching.

“Setakat ini, Kami telah memaklumkan perkara ini kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengesan helikopter ini,” katanya.

Tambah Azharuddin, pihaknya masih menunggu laporan lanjut bagi keadaan helikopter dan penumpang.- UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com