innity

pages

Sunday, May 22, 2016

[HATI AHLI UMNO SUDAH SAKIT] AHmad Bashah: Umno Kedah bimbang berhadapan PRU14


ALOR SETAR - Umno Kedah berasa bimbang untuk menentukan kemenangan dan mengekalkan kuasa pada PRU14, akui pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Menurut Ahmad Bashah, ia bukan perkara mudah untuk dilaksanakan kerana memerlukan muafakat seluruh jentera dan parti komponen BN.

“Kita harus bermula dari awal kerana persiapan untuk menghadapi satu-satu kerja besar bukan perkara mudah. Itu adalah pengalaman yang kita lalui selama ini.

“Walaupun kita dah lalui pilihan raya banyak kali, tapi kalau kita tak buat persiapan dan tak tumpu kepada gerak kerja di semua peringkat, tak mungkin kita berjaya mengekalkan kuasa apabila pihak lawan juga membuat persiapan sama,” katanya.

Berucap melancarkan Jentera Gerak Kerja PRU14 Wanita Umno Kedah di Dewan Seri Mentaloon, di sini, hari ini, beliau berkata, semua ahli dan jentera parti tidak boleh terlalu yakin dengan berpeluk tubuh dan selesa dengan apa yang dimiliki ketika ini.

Ini kerana katanya, PRU14 akan menentukan sama ada BN berjaya atau tidak dengan pelbagai halangan dan rintangan yang ada.

"Bergantung kepada gerak kerja dan komitmen kita untuk menghadapi kerja besar yang akan menentukan kuasa kita di peringkat pusat dan negeri.

“Sebelum ini Kedah berada di tangan orang lain dan kita menjadi pembangkang suatu ketika dulu. Bukan suatu perkara mudah untuk kita berdepan dalam PRU14,” kata Ahmad Bashah.

Menteri Besar Kedah itu berkata, keputusan yang diperoleh BN pada PRN Sarawak baru-baru ini juga tidak boleh menentukan kemenangan BN di Kedah kelak.

“Sebab itu kita mesti merenung ke hadapan. Kadang-kadang kita memerlukan komitmen begitu besar kalau nak terus berjaya dan mengekalkan kuasa yang ada sekarang.

“Saya nak semua jentera parti di peringkat Kedah buat persiapan untuk memantapkan tenaga kerja di peringkat bawahan kerana dengan semangat itu dapat membantu kita pada PRU14,” katanya.

Ini ujar beliau sejajar dengan harapan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap Umno dan BN Kedah cukup tinggi disebabkan ia pernah kalah pada PRU12 lalu.

“PRU12 kita (BN) hadapi kekalahan lima negeri, kita pun tak sangka Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak jatuh kepada pembangkang. Kelantan itu tak apa lah memang kita dah jangka akan kalah.

“Kalah ini bermakna tak ada pun dalam bayangan kita BN akan mengalami kekalahan di lima negeri. Tapi itu sudah pun terjadi dan nasib baik Perak kita dapat berkuasa semula,” katanya.

Ahmad Bashah berkata, pengalaman selama lima tahun lalu membuatkan BN bekerja sebagai pembangkang dalam keadaan yang cukup tertekan.

“Kita berusaha dengan parti komponen untuk rampas semula Kedah. Ini hakikat kalau berperang tak boleh buat kerja sorang-sorang, ktia mesti bermuafakat sama ada dia menang atau kita menang.

“Sebelum ini kita cuma menang empat kerusi parlimen pada PRU12, tapi dalam kekalahan itu kita dapat menang 10 kerusi parlimen pada PRU13. Dun Kedah pula kita menang 15 kerusi Dun pada PRU12, tapi dapat bentuk semula kerajaan selepas menang 21 kerusi pada PRU13,” katanya.

13 comments:

  1. Aiiii....dulu masa ko sepak keluaq DSMM, hang cakap dah tak dak masalah lagi sobab orang yg memecabelahkan UMNO/BN dah tak dak. BN dah makin kuat, rakyat happy dapat hang. Ini apa cerita????? KAlau dah langau, langau jugak lah.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tunggu pru kita bagi dia akai...

      Delete
  2. dah sah sah kalah pru14, bersedialah, makan dan sebat lah sebyk mungkin

    ReplyDelete
  3. Selamat tinggal umno.....dari kepala sampai ekor penuh najis!

    ReplyDelete
    Replies
    1. puak mana pulak yg tak de najis¿¿¿????

      Delete
  4. Parti umno jadi mangsa, nak buat macam mana?

    Jika ahli dan pucuk pimpinannya tamak haloba tanpa memikirkan halal dan haram tanpa memikirkan masa depan agama bangsa dan negara.

    Langsung tidak ada rasa bersalah, tidak memikirkan masa depan anak2 kita dan generasi akan datang.

    Adakah rakyat boleh menerima pemimpin yang korup? Zalim? Menganaiya rakyat?

    ReplyDelete
  5. Kalau bn kalah pun tak per..gantikan dgn yg menang..yg baru..yg baik dan yg adil dan saksama. BN telah teraju negara hampir 60 tahun..ramai org jemu dah melihat dan merasai hasil pemerintahan BN/Umno. Mmg baik cadangan dan impian nak tukar kerajaan tu. Bolehlah kita berangan kjaan baru lebih baik dari sekarang..contoh mcm p.pinang skrg..rakyat p pinang skrg aman dan makmur dibawah dap..tiada sebarang keluhan dari rakyat pelbagai kaum..rakyat p pinang menyanjung dan memuji dasar yg dilaksanakan dap. Ini contoh yg perlu di ikut dan cubalah kita tukar pulak kepimpinan yg ada sekarang dan selamat mencuba.....

    ReplyDelete
  6. Ahmad bashah akan gagal membawa kemenangan kpd BN. Hanya pemimpin politik yg memejamkan mata shj yg menunggu nasib dimalukan PRU 14 ini.
    Kita sayangkan perjuangan asal UMNO utk bangsa akan menerima juga padah kebodohan pemimpin hari ni. Gemuk, kenyang, malas, sombong, jahil, tamak penyakit yg meranapkan segala galanya hanya 60tahun shj sempat menikmatinya. Bodoh shh gelaran yg layak utk pemimpin umno sekarang ni.

    Rakyat prihatin

    ReplyDelete
  7. KAWE TAK PERCAYA UMNO LEMAH.SEKIRANYA UMNO LEMAH MUSOH2 POLITIK UMNO TAK SERANG UMNO SEPANJANG HARI.KERANA UMNO KUATLAH MAKA MERIKA 24/7/365 SERANG UMNO DARI SEGENAP SUDUT.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu dulu dulu..zaman Tun. Kawe woooi..

      Delete
  8. Umno sekarang dari Presiden sampai lah Ketua Bahagian dah diseliputi dengan najis...terlalu busuk...tunggu je PRU...rakyat nak cuci najis2 ni...

    ReplyDelete
  9. Pegi mampus basha...

    GULINGNAJIB

    ReplyDelete
  10. Apa nak dirunsingkan ? PRU 14 , Pak Arab Bodoh akan derma 6.2 billion kat Jibon bagi memastikan BN mampus ..!!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com