innity

pages

Monday, May 16, 2016

Hanya PAS boleh menang dalam dua PRK - Zam


Pakatan Harapan (HARAPAN) tidak seharusnya membuat keputusan berdasarkan sentimen dan dendam dalam dua pilihan raya kecil di Kuala Kangsar dan Sungai Besar, kata bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin.
Beliau berkata, HARAPAN harus bersikap realitistik untuk menerima hakikat bahawa PAS telah lama mempunyai penyokong akar umbi di dua kawasan berkenaan berbanding Parti Amanah Negara (AMANAH).
Tambahnya, AMANAH merupakan sebuah parti serpihan yang masih mencari sokongan dan tidak pasti sejauh mana sokongan rakyat kepadanya.
"Sekiranya berlaku pertandingan satu lawan satu lawan satu antara PAS dengan BN maka besar kemungkinan PAS akan menang berasaskan pada sentimen kemarahan rakyat kepada Umno dan pimpinan Umno sekarang.
"Kemenangan PAS ini akan meningkatkan moral rakyat untuk meneruskan sokongan mereka kepada parti-parti pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang," katanya dalam satu tulisan di blog beliau.
Katanya, jika AMANAH meneruskan hasratnya bertanding di dua kawasan itu, ia akan dilihat tidak lebih sekadar percubaan untuk mengukur sejauh mana kekuatannya berbanding PAS.
"Tetapi jika kalah maka moralnya akan jatuh kepada taraf yang paling rendah dan memberi kesan moral yang besar kepada Pakatan Harapan terutama PKR sendiri," kata beliau.
Beliau berkata kemenangan PAS akan membuka jalan pemulihan kerjasama parti itu dengan HARAPAN meskipun PAS kini dilihat cuba berbaik dengan Umno.
"Tetapi hakikat yang tersembunyi ialah penyokong PAS di akar umbi tidak dapat menerima Perdana Menteri Najib dan isterinya Rosmah.
"Sekiranya BN menang di Kuala Kangsar dan Sungai Besar maka bererti Datuk Seri Najib akan berpeluang untuk menjadi perdana menteri seribu tahun lagi tetapi sekiranya kalah maka beliau tidak boleh tunggu walau sesaat sekalipun untuk terus berada di puncak kuasa demi masa depan Umno dan BN," ujarnya.
PAS terdahulu mengumumkan akan meletakkan calon di dua kerusi berkenaan berdasarkan pembahagian kerusi pada PRU 13 lalu.
Bagaimanapun AMANAH juga dilihat mahu meletakkan calon mereka sekaligus bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru di dua kawasan berkenaan.
Sekiranya berlaku pertembungan tiga penjuru, PKR akan tersepit di antara kerjasamanya dengan PAS di Selangor dan AMANAH yang menjalinkan kerjasama dengan PKR dalam HARAPAN.
DAP semalam menyerahkan kepada PKR dan AMANAH memandangkan dua kawasan berkenaan adalah majoriti Melayu.

3 comments:

  1. Biar bn menang prk ini.

    Agar mereka boleh menggila dan jatuh tertiarap pru depan.

    ReplyDelete
  2. Apa? Bila menang bole jd pm seribu thn lg? Bila kalah sesaat pn x bole dok di puncak bn? Dey tambi, byk minum todi ka? Jalan ada senget ka? Putar alam ka? Hahaha

    ReplyDelete
  3. BAKPO DATUK NI JADI LAGU NI.TAK CUKUP DEDAK KO?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com