innity

pages

Sunday, May 1, 2016

[HAKIKAT PAHIT] 60 % daripada 1.6 juta penjawat awam di negara ini tidak memiliki kediaman sendiri - CUEPACS


Kuala Lumpur: Kira-kira 960,000 iaitu 60 peratus daripada 1.6 juta penjawat awam di negara ini tidak memiliki kediaman sendiri.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda berkata, 70 peratus daripada jumlah berkenaan adalah pekerja yang berusia 45 tahun ke atas.

Malah, beliau berkata, terdapat pekerja yang sudah bersara tidak memiliki rumah sendiri berikutan komitmen bayaran bulanan yang tinggi selain harga kediaman semakin mahal.

"Oleh sebab itu, kita mahu kerajaan mempertimbangkan pelbagai alternatif untuk membantu penjawat awam memiliki kediaman dengan menambah lebih banyak rumah mampu milik atau mengawal harganya.

"Kebajikan setiap penjawat awam perlu dijaga termasuklah memiliki kediaman sendiri, namun pada hari ini kita melihat perkara itu semakin sukar terutama di kawasan bandar," katanya dalam sidang media selepas Majlis Sambutan Hari Pekerja CEUPACS, di sini, hari ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com