innity

pages

Saturday, May 21, 2016

Geng liberal ‘panas hati’ tak ada hujah lawan buku Wanita Songsang


Usaha puak liberal dan feminis yang mahu menegakkan hujah bahawa kononnya mereka berada di landasan yang benar berjaya ditangkis oleh tiga penulis buku ‘Wanita Songsang’.
Dalam satu forum yang dianjurkan Byot Society semalam, penulis buku, Sharifah Abdul Samad berkata, beberapa orang puak feminis datang, sebaliknya mereka kepanasan dengan hujah-hujah yang diutarakan para penulis.
Katanya, sikap mereka sangat tidak beradab dan amat mengecewakan ketika forum diadakan.
“Mereka memprovok, menjerit, menghentak kerusi dan marah dengan kenyataan moderator dan ahli panel.
“Meskipun ahli panel cuba memperjelaskan dengan hujah yang berasas dan konkrit, mereka bertegas mahu menjadikan feminis sebagai hero.
“Mereka sedaya upaya mempertahankan perjuangan feminis sekalipun tidak ada hujah untuk membidas hujah buku ‘Wanita Songsang ini’,” katanya.
Mengulas lanjut Sharifah berkata, Buku ‘Wanita Songsang’ ini menceritakan mengenai golongan wanita khususnya feminis yang menafsir al-Quran dan syarak mengikut nafsu mereka dan kemuliaan wanita Islam diinjak oleh golongan wanita songsang ini.
Justeru, dalam forum semalam kita cuba memperjelaskan mengenai siapa golongan feminis yang ditentang yakni feminis yang memperjuangkan hak yang melanggar syariat , mengenai LGBT, hudud, aurat, isu mufassir dan isu-isu lain yang sering dimainkan oleh golongan berkenaan.
“Hakikatnya, golongan feminis ini masih mahu menegakkan benang yang basah dan meletakkan feminis sebagai hero mereka.
“Malah, mereka mendakwa bahawa hujah penulis yang mengatakan bahawa golongan feminis bersama sama dalam COMANGO dan menuntut perkara yang melanggar syariat seperti kahwin sejenis adalah silap.
“Walhal, berdasarkan bukti, perkara tersebut telah tertulis di dalam ‘drafting’ mereka yang di hantar ke UN di Geneva, sebaliknya mereka tidak mahu mengaku pula,” katanya.
Dua lagi penulis buku ini ialah Nurul Hajjar Atan dan  Sabrina Zaifuliza.
Terdahulu, golongan liberal dan feminis ini dilaporkan menghalang penjualan buku ‘Wanita Songsang’ ini.
Ia terbukti apabila golongan ini dilaporkan telah menghubungi pihak pengedar buku dan meminta mereka menghentikan penjualan buku berkenaan. -ismaweb

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com