innity

pages

Saturday, May 7, 2016

[FULL VIDEO] Ribuan Rakyat HADIR di Manjoi Perak Malam Tadi BERSAMA Tun Mahathir - Forum Selamatkan Malaysia



MANJOI : “Di zaman ini, ada orang yang boleh bertanding dengan Datuk Seri Najib Tun Razak, tetapi Najib tidak membenarkan sesiapa bertanding dengannya,” tegas mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Malah tambahnya, sesiapa yang didapati tidak menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan dibuang daripada UMNO.
Jelasnya, antara yang dikatakan menjadi mangsa tindakan tersebut iaitu Datuk Hamidah Osman, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal.
Beliau berkata demikian ketika berucap dihadapan hampir 3,000 penyokongnya ketika Forum Selamatkan Malaysia Bersama Deklarasi Rakyat di Gugusan Manjoi, malam tadi.
“Ini bukan cara demokrasi. Ini cara kuku besi. Kalau orang tak setuju, beliau akan buang. Lama-lama dia (Najib) buang berbilion ahli UMNO, maka UMNO akan hapus sama sekali. Ini adalah masalah Najib,”ujarnya.
Tun Mahathir berkata, lima perdana menteri sebelum ini apabila mengalas jawatan tersebut telah bekerja keras untuk kepentingan rakyat.
“Tetapi apabila samapai giliran Datuk Seri Najib, kita dapati dia luar biasa. Luar daripada yang biasa kita lihat dalam negara. Kita tidak menyangka Perdana Menteri boleh menjadi masalah.
“Dalam Perlembaaan kita, kita tidak memperuntukkan untuk menyingkirkan Perdana Menteri selain daripada membuat undi tidak percaya.
“Tetapi hari ini, kita tidak boleh membuat laporan polis terhadap perbuatannya, kita tidak boleh buat undi tidak percaya, bahkan dia menentukan apabila UMNO mengadakan mesyuarat agung, mereka tidak boleh berbincang sama sekali berkenaan 1MDB dan juga wang sebanyak RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya,”jelasnya.
Katanya lagi, perdana menteri tidak boleh mempunyai wang sebegitu banyak kerana ia adalah salah daripada segi moral.
Tun Mahathir berkata, apabila seseorang wakil rakyat dan menteri besar (merujuk kepada bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khir Toyo) membina sebuah rumah mewah yang menelan belanja berjuta ringgit, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan melakukan siasatan. - Perak Today

13 comments:

  1. Dia buang orang boleh..orang lain buang tak boleh..memang lichik

    ReplyDelete
    Replies
    1. kamu ada masaalah berfikir kut....ke memang tak boleh berfikir langsung?

      Delete
    2. Kuang kuang kuang... Duit mana... Dah pulang balik? Alamak.. Pulangan pelaburan mana... Dah tukar cash jadi units?... Ish ish ish... 4 IPP kepunyaan org malaysia apa jadi? Hah !!!''Dah jual kat sykt asing?.... Mak aii...

      Delete
    3. Semasa Tun jadi pm..berapa org timbalan yg tidak sehaluan dengannya telah berundur dan ada yg pecat?..yg tak tahan dan tak sehaluan undur diri dan ada yg dipecat. Sampaikan tertubuhnya parti semngat 46, umno diharamkan ketika itu dan penubuhan umno baru hingga sekarang. Jgnlah kata najib tu jahat..bukan ker Tun M juga yg jadi guru kpd najib. Bila murid dah berjaya guru pulak marah..kenapa??..tak taulah ..adalah hal tu hingga guru marah. Bagi saya kita perlu sokong najib kerana dia pm skrg..Tun hanya bekas pm..tak boleh buat apa dah..cuma heret dan ceramah sana sini tabur fitnah untuk jatuhkan najib. Bagi bebudak bolehlah nak temberang..tp bg orang yg melihat dan mengkaji pemerintahannya selama 22 tahun tak mungkin termakan hasutan Tun.

      Delete
    4. Makan dedak banyak sangat ni..yang dibuang anuar sorg saja..yg lain semua kalah pemilihan parti..yg lawan tun takda pun yg kena pecat,jauh sekali kena buang umno..ada yg lawan siap jadi perdana menteri..kalau fitnah,buktikan lah yg tun fitnah...sampai sekarang habuk pun x dak..negara mak tergadai pun makan dedak lagi cai oiiit

      Delete
    5. Bro anon 4.31 ni bebal. Org nak komen dia pun nak sekali. Terserlah kebangangan dia.

      Delete
    6. Anon 4;31 ni mimpi siang hari kot ? Mana ada timbalan yang di pecat/buang parti di zaman Tun ? Di tukar tu adalah ... itu pun 'cabinet reshuffle ' .. Biasalah tu . Tapi taklah di gantung / di buang ;jauh sekali di arah "membisu"!

      Yang kena 'lempaq' tu Nuar sekok je .

      Yang jadi Semangat 46 tu kerna Musang Hitam dengan Ku Li nak jadi PM dan TPM .

      Delete
  2. Najib wajar diturunkan. Tapi pastikan yg dinaikkan ialah yg lebih layak. Kalau gagal, sampai bila bila pun rakyat tak lagi akan perduli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengganti najib pun mamak tu tak berani nak namakan... Cuma dia kata akan dipilih oleh council of elders... Dalam bahasa politiknya, pemimpin boneka untuk rakyat...

      Delete
    2. WALAU PUN AHLI UMNO TINGGAL NAJIB SORANG KAWE TETAP SOKONG NAJIB,PATAH SAYAP BERTONGKAT PAROH.

      Delete
    3. Mu ni nampok gayo dah keno bomoh Sie tajaan Rosmah kot ...?

      Delete
  3. 7.50 sokong ada makna...tabur air liur, dapat habuan haram.

    Najib masuk jel, macai ni cabut dulu.

    ReplyDelete
  4. Hidup Najib
    Hidup Rasuah
    Mati lah Rakyat

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com