innity

pages

Wednesday, May 18, 2016

[DULU KATA ASSOBIAYAH] Sekarang PAS sedia bekerjasama dengan UMNO demi Melayu, Islam


Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Razali at-Takiri menegaskan bahawa PAS bersedia untuk bekerjasama dengan UMNO dalam perkara yang melibatkan bangsa Melayu dan umat Islam.
“Seperti yang telah ditegaskan oleh Presiden kami, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, PAS bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana parti termasuk UMNO dalam perkara yang melibatkan bangsa Melayu dan agama Islam serta perkara yang melibatkan kebajikan masyarakat di negara ini,” katanya.
Menurut Khairuddin, untuk mengukuhkan kerjasama itu, PAS sebagai parti pembangkang perlu diberikan hak yang sepatutnya.
“Kami sebagai pembangkang berharap agar diberikan hak apa yang patut diberikan hak kerana selalunya berlaku perbalahan antara pembangkang dan kerajaan adalah disebabkan ada yang merasakan mereka dizalimi dan tidak diberikan hak.
“Contoh, mungkin ada parti pembangkang yang tidak dibenarkan berkempen di beberapa kawasan, jadi mereka akan melawan bagi mendapatkan hak mereka,” ujarnya dalam persidangan Multaqa Perpaduan Ummah di sini hari ini.
Beliau turut menyelar tindakan sesetengah pemimpin politik yang menyertai politik semata-mata untuk mendapatkan kuasa untuk diri sendiri.
“Memang benar, semua orang yang berpolitik inginkan kuasa tetapi, perlu ada ahli politik yang bukan inginkan kuasa untuk diri sendiri tetapi kuasa yang digunakan untuk agama Allah SWT, umat Islam dan masyarakat di negara ini,” katanya

9 comments:

  1. Pas penyebar semangat khawarij kpd penyokongnya. Pas sanggup bekompromi dgn Syiah utk menjayakan matlamatnya. Pas sanggup kata parti dia parti syurga parti lain parti kapir. Bekerjasamalah atas nama islam dan sunnah. X kira umno ke apa ke. Baru lah umat islam boleh menang dan ditakuti oleh musuh2nya

    ReplyDelete
  2. Hok tu la. . Perjuangan pakai KAIN BATIK LEPAS. . BILA NAK PAKAI. . LETAK KAIN BATIK LEPAS. ..atas sesuatu perkara. .. Konon2nya tak tengok. . Bila tak mahu pakai. . Angkat KAIN BATIK LEPAS. . TAK BOLIH BUAT. . HE HEHE

    ReplyDelete
  3. Tu lah dia politik...

    ReplyDelete
  4. Ayoooooyooooo...SUDAH ASOBIAHKAH PAS SEKARANG.....?????

    ReplyDelete
  5. bila PAS buat U Turn..... semua kahak taik yg dilempar orang lain kini dia orang pungut balik buat gulai dsn makan beramai sesama sendiri...

    ReplyDelete
  6. jilat ludah balik pun tak apa, janji ada gang, kalu sorang-sorang, tak boleh menang punya. tapi kebencian yang ditanam dalam ahli terlalu dalam dan merebak keseluruh anggota badan, tahi yang keluar pun kalu boleh nak hijau juga. agaknya berjaya tidak presiden pas nak kafirkan amanah dan islamkan umno

    ReplyDelete
  7. hmmm..dulu tun madey ckp ape???skrg ckp ape???dulu suruh undi bn skrg suruh undi pembangkang..tu pun belit2 gak tu...piraahhh

    ReplyDelete
  8. Mungkin atas peredaran masa & perubahan kepimpinan. sudah mula menggunakan perkataan bangsa melayu. baguslah begitu... sebelum ni nampak mcm anti melayu. sbb tu org melayu takut.

    ReplyDelete
  9. orang dah nak ajak bersatu pun korang perlekeh, yg lepas sudah lah semua parti ada buat silap yg kita wajib tgk yg kedepan pulak , Dr M pun boleh kawtim dgn LKS

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com