innity

pages

Thursday, May 5, 2016

[DIA ANTI PERLEMBAGAAN, MELAYU & ISLAM, NAJIB LANTIK] 43 NGO BERHMPUN DI JPM serah memorandum bantah pelantikan Edmund Bon


PUTRAJAYA, Khamis – Kira-kira 43 wakil pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) berhimpun di Pejabat Perdana Menteri hari ini, bagi menyerahkan memorandum bantahan terhadap pelantikan Edmund Bon Tai Soon selaku wakil Malaysia ke Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN berhubung Hak Asasi Manusia (AICHR).
Memorandum bantahan itu telah diserahkan kepada Setiausaha Sulit Perdana Menteri di pejabatnya pagi tadi diketuai Pengerusi Pertubuhan Pembela-Pembela Islam (PEMBELA), Tuan Haji Aminuddin Yahaya.
Kandungan memorandum bantahan itu menuntut supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membatalkan pelantikan Admund Bon itu dengan kadar segera berikutan pendirian ekstremis liberalnya, anti kepada Perlembagaan, Melayu dan Islam.
Kandungan memorandum itu turut meluahkan kebimbangan terhadap pelantikan Admund yang disifatkan bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia serta menggugat kedudukan Islam dan mengancam kepentingan Melayu.
Antara NGO yang menyokong memoraandum bantahan ialah Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Young Professionals (YP), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Muafakat, Pro Muslim, Pertubuhan Anak Watan Malaysia (WATAN), PERKID, Yayasan Murni Aqidah, Persatuan Jaringan Kasih dan Persatuan Peguam Syarie Malaysia.
1 April lalu, Kementerian Luar Negara telah melantik Edmund Bon sebagai wakil Malaysia ke AICHR sebagai menggantikan Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah bagi penggal 2016 hingga 2018.
Namun, tiga hari selepas pelantikan ahli Majlis Peguam itu, NGO Centre for Human Rights Research and Advocacy (CENTHRA) telah menghantar surat bantahan terhadap pelantikan tersebut kepada Kementeria Luar Negara.
Bagaimanapun, respon yang diterima daripada pihak CENTHRA beberapa har kemudian daripada kementerian tersebut mendukacitakan yang menyatakan kepercayaan terhadap kredibiliti Edmund dalam menggalas tugas itu. - ismaweb

2 comments:

  1. Apalah buat berjemur tengah panas tu. Buang masa dan buang tenaga. Najib akan buat ikut suka dia sahaja. Baik balik saja dan jaga keluarga. Semua yang dibuat sikit pun Najib tak peduli. Baliklah. Panas tu.

    ReplyDelete
  2. Bengong peguam negara.. kes banglo sibuk nak siasat..kes 1mdb kenape tak siasat..?. Tungu ape? Tungu najib buat gelah lepaska diri...nak lari mane?. Kena himpit tanah kubur la najib dan semua balacinya

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com