innity

pages

Thursday, May 19, 2016

Dekri Yahudi benarkan warga Palestin ditembak mati dikecam


GAZA, Khamis – Kementerian Luar Palestin mengutuk keras dekri yang dikeluarkan rabbi Yahudi beberapa hari lalu, yang membenarkan warga Palestin dibunuh dengan cara menembak mereka, tanpa perlu dibuat siasatan atau pertuduhan di mahkamah.
Dalam satu kenyataan media hari ini, Kementerian Luar itu berkata, cadangan yang dikeluarkan rabbi Yahudi itu membuatkan penduduk Israel menyifatkannya sebagai sesuatu yang sah dan boleh dipertimbangkan.
Kementerian Luar berkata, cadangan itu pada pendapat rabbi Yahudi mampu menghentikan intifada di tanah Israel.
Ketika menghadiri satu persidangan kecemasan yang membincangkan isu keselamatan Israel, Isnin lalu, beberapa rabbi Yahudi mengeluarkan dekri yang membenarkan warga Palestin dibunuh dengan cara menembak mereka, bagi menghentikan ancaman di tanah Israel.
Sementara itu, Ketua Majlis Tertinggi Islam dan pendakwah di Masjdil Aqsa, Sheikh Ikrima Sabri, turut mengecam dekri itu dan berkata, pengganas datang dari Israel yang mempraktikkan pembunuhan, penindasan dan penyeksaan, bukannya dari penduduk Palestin.
“Fatwa rabbi Yahudi itu menggalakkan tentera Israel untuk menembak secara rawak orang awam Palestin tanpa justifikasi,” katanya.
Beliau menuduh Israel menjadi punca kepada ketidakstabilan keselamatan di Palestin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com