innity

pages

Saturday, May 21, 2016

China NAFI mengetin Daging Manusia, eksport ke Afrika


Beijing: China terpaksa menafikan dakwaan bahawa ia memerap mayat sebelum memasukkannya dalam tin dan dijual sebagai bahan makanan di Afrika selepas khabar angin mengenainya menjadi viral di Facebook.
Khabar angin mengenai penggunaan daging manusia itu mula viral selepas beberapa gambar kononnya mayat manusia dilapah tersebar di media sosial, kononnya dirakam di dalam kilang memproses daging.
Media Zambia dituduh menggalakkan penyebaran khabar angin itu selepas menyiarkan artikel yang kononnya memetik sumber dari kilang memproses daging di China.
Menurut satu ‘sumber’ dipetik, idea untuk menjual daging manusia sebagai bahan makanan tercetus selepas pihak berkuasa menyedari ia semakin kehabisan ruang untuk mengebumikan mayat.
Ada pula mendakwa kononnya Beijing mahu menjual ‘daging yang elok’ hanya kepada negara maju dan kaya. - Agensi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com