innity

pages

Sunday, May 15, 2016

[BILA KAFIR BERKUASA] Ekstremis Buddha desak kerajaan isytihar tiada Rohingya di Myanmar


YANGON, Ahad – Beratus-ratus aktivis dan sami Buddha berarak di jalan raya di bandar kedua terbesar di Myanmar sambil memberi masa tiga hari kepada kerajaan untuk mengisytiharkan bahawa tidak ada etnik Rohingya di negara itu.
Tunjuk perasaan di Mandalay kelmarin, mendesak Presiden Htin Kyaw dan Menteri Luar, Aung San Suu Kyi, mengutuk Kedutaan Amerika Syarikat (AS) yang menggunakan perkataan Rohingya bagi merujuk kepada umat Islam di negara itu.
Penganjur bantahan di kubu kuat kumpulan ekstremis Buddha, Ma Ba Tha, Tint Lwin memberitahu bahawa perarakan mendesak kerajaan mengeluarkan kenyataan mengutuk penggunaan perkataan itu.
Puak ekstremis Buddha dan aktivis enggan menggunakan, sebaliknya merujuk umat Islam di negara itu sebagai etnik ‘Bengali’, yang menjadikan mereka adalah pendatang haram dari Bangladesh.
Tint Lwin berkata, kerajaan sekarang patut mengikut cara bekas Presiden Thein Sein yang secara rasmi mengisytiharkan Myanmar tidak mempunyai etnik Rohingya, tetapi Bengali.
Kerajaan Thein Sein diambil alih oleh parti National League for Democracy (NLD) pimpinan Suu Kyi hujung Mac lalu selepas kalah pada pilihan raya pada 8 November 2015.
“Duta Amerika Syarikat perlu menunjuk rasa hormat kepada penduduk dan kerajaan Myanmar,” kata Tint Lwin.
Kedutaan AS dalam kenyataan baru-baru ini menggunakan perkataan Rohingya ketika mengulas mengenai situasi di barat Rakhine di mana keganasan perkauman antara etnik Buddha dan Muslim sejak 2012 menyebabkan ratusan terbunuh.
Kira-kira 100,000 orang hilang tempat tinggal, manakala lebih 2,500 rumah dibakar, kebanyakannya milik etnik Rohingya.
Berikutan desakan itu, Suu Kyi meminta kedutaan AS tidak lagi menggunakan perkataan Rohingya.
Bagaimanapun, Duta AS ke Myanmar, Scot Marciel berkata, beliau tetap akan menggunakan perkataan Rohingya.
Etnik Rohingya yang menjadi mangsa pembunuhan beramai-ramai di Myanmar dihalang daripada memperoleh kerakyatan. – Agensi

2 comments:

  1. kita tengok pulak orang rohingya(pelarian)di negara kita.depa buat macam negara sendiri pulak..Itu pasai burma tak mau depa ni.

    ReplyDelete
  2. Itu juga la bila kapir berkuasa kt penang. Ada dia nk hormat penduduk islam sana? Pegi mampos kata dia

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com