innity

pages

Tuesday, May 17, 2016

(BERCAKAP SEBELAH NAZRI AZIZ) Putera Arab Saudi tak tahu menahu mengenai sumbangan RM2.6 bilion


KUALA LUMPUR, Isnin – Arab Saudi tidak pernah menyalurkan atau memberi sumbangan wang kepada pihak lain dengan niat untuk menyusahkan mana-mana pertubuhan politik, kata seorang kerabat diraja negara itu, Putera Sultan bin Salman.

Anak kepada Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud itu juga berkata, Kerajaan Arab Saudi tidak berniat untuk menyebabkan suasana politik tidak stabil di mana-mana negara dengan menyalurkan sumbangan politik.

“Arab Saudi tidak pernah memberi wang untuk menyusahkan mana-mana rejim politik, walaupun kami tidak bersetuju dengan mereka,” katanya yang juga Menteri Pelancongan Arab Saudi, pada sidang media selepas menandatangani perjanjian dengan Kementerian Pelancongan di sini, hari ini.

Menjawab soalan mengenai sumbangan yang kononnya dikatakan diberi oleh Arab Saudi dan dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berjumlah RM2.6 bilion, Putera Sultan bagaimanapun berkata, beliau tidak tahu menahu mengenai perkara itu.

“Saya benar-benar tidak mempunyai latar belakang mengenai isu ini. Ia adalah isu dalaman bagi Malaysia, dan saya pasti mereka akan mendapat menyelesaikannya,” katanya.

Beliau yang dilihat terganggu dengan soalan mengenai sumbangan itu berkata, Arab Saudi menyedari tanggungjawab pada peringkat antarabangsa dan menjadi negara terbesar dalam memberi bantuan kepada negara Islam lain.

Katanya, hubungan antara Arab Saudi dan Malaysia sentiasa baik dan sejarah menunjukkan Riyadh sentiasa memberi sokongan kepada Kuala Lumpur.

Sebelum ini, akhbar Wall Street Journal (WSJ) mendedahkan wang yang masuk ke akaun Perdana Menteri berasal daripada anak syarikat pelaburan negara yang mana Najib menjadi Pengerusi Lembaga Penasihatnya, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Najib bagaimanapun menafikannya dan mendakwa wang itu adalah sumbangan daripada keluarga diraja Arab Saudi. -ismaweb

1 comment:

  1. BAKPO TAK GI TANYA SEMUA RAKYAK ARAB SAUDI"BETUL KER KERAJAAN ARAB RM KEPADA TOK NAJIB RM 2.6B".

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com