innity

pages

Wednesday, May 11, 2016

BANJIR DI SHAH ALAM: 379 mangsa di tempatkan di tiga pusat pemindahan malam tadi


SHAH ALAM, Rabu – Seramai 379 mangsa banjir dan ribut melibatkan 92 keluarga ditempatkan di tiga pusat pemindahan di Selangor malam tadi.
Jurucakap Bomba Selangor berkata, seramai 15 mangsa ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Perepat, Kapar, 323 mangsa di Dewan Orang Ramai Taman Sri Gemilang, Sepang dan 41 mangsa di Dewan Orang Ramai Dengkil, Sepang.
“Mangsa ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Perepat, Kapar berikutan kejadian ribut yang melanda kawasan mereka,” katanya ketika dihubungi.
Tinjauan Bernama di sekitar Shah Alam mendapati sebahagian bandaraya Shah Alam dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat petang semalam termasuk di laluan Persiaran Kayangan berdekatan hotel Concorde dan Pusat Akuatik Darul Ehsan.
Majlis Bandaraya Shah Alam dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima tiga aduan berkaitan kejadian pokok tumbang di Seksyen 3, 9 dan 13 di Shah Alam akibat hujan lebat.
Kejadian banjir di Shah Alam yang bermula sekitar 5.20 petang bagaimanapun surut 40 minit kemudian. – Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com