innity

pages

Wednesday, May 4, 2016

Ahli UMNO Rembau: Nazri Aziz BIADAP, tak layak jadi menteri

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak digesa mengambil tindakan terhadap Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang mengeluarkan kenyataan biadap berhubung pemberhentian perkhidmatan pengiring bermotosikal polis untuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ahli UMNO Bahagian Rembau, Mohd Ridzuan Abdullah berkata, kenyataan Nazri itu dilihat mampu merosakkan imej parti itu.
Beliau yang juga Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana (IKHLAS) memberi peringatan kepada Nazri supaya menjaga adab orang Melayu, lebih-lebih lagi Nazri adalah seorang menteri dan pemimpin.
“Beliau kata ajak bertumbuk dengan Dr Mahathir umpamanya. Kalau nak bertumbuk, ajak bertumbuklah dengan orang Thailand yang belajar tomoi ini.
“Kalau kita tak suka dengan Dr Mahathir, sebagai seorang menteri bagi cadangan hentikan polis pengiring dah la. Kenapa nak cakap bahasa-bahasa yang kurang ajar. Macam ini ke cara pemimpin UMNO,” katanya kepada FMT hari ini.
Ahad lalu, Nazri dilaporkan sebagai berkata, tindakan menghentikan pengiring bermotosikal polis untuk Dr Mahathir adalah tepat dan sepatutnya telah lama dilakukan.
Menurutnya, dari segi logik kenapa perlu memberi keistimewaan kepada orang yang menentang kerajaan.
“Kalau beliau pilih untuk bertumbuk kita boleh bertumbuk, saya bersedia untuk bertumbuk dengan beliau bila-bila masa,” kata Nazri.
Baru-baru ini, sebuah portal berita melaporkan polis tidak lagi menyediakan perkhidmatan dua pengiring untuk Dr Mahathir berkuat kuasa 28 April lalu.
Mengulas lanjut, Mohd Ridzuan berkata, Nazri tidak layak menjadi Menteri Pelancongan dan Kebudayaan.
“Dia boleh tegur orang macam ini (Dr Mahathir), macam mana dengan rakyat? Rakyat lagi takut nak berurusan dengan dia. Kalau rakyat ada masalah, saya ingat rakyat takut nak berurusan dengan orang macam ini. Bersikap macam gengster,” tegasnya. - FMT

10 comments:

  1. Allah pasti bagi pembalasan. Kita doalah kita dapat lihat balasan pada Nazri. Dia akan rasa kehinaan tahap maksima insyaallah

    ReplyDelete
  2. APA ADA DENGAN ADAB SERTA ADAT,ZAMAN LONING SUROHAN DAN LARANGAN ALLAH TA'ALA PUNG ORANG DOK LANGGAR SEMACAM JER,ADA SAING AMBO KATA MELAYU KENA BIADAB JIKA NAK PERTAHANKAN NEGARA.KAUM LAMO LAMO DOH BIADAP

    ReplyDelete
  3. Pedulikanlah mamat gila babay tu.

    Tun M relex je senyum.
    Nak tarik ke, nak ikat ke, nak sesah ke, Tun M tetap senyum.

    Tu beza orang bijaksana dgn si hamlau.

    ReplyDelete
  4. Betul tu...menteri paling kurang ajar dan tahap sampah.
    Nak bodek tuan, jgn sampai rosakkan maruah diri sendiri.

    ReplyDelete
  5. org mcm ni tak usah undi dlm pru nanti sbb blh rosaakkan imej parti.

    ReplyDelete
  6. dah lama konon jd menteri..jd rasa besarlah sgt sdh..puiii. sombong dan besar kepala. skrg rakyat pun dah meluat..tggulah dia jatuh..rakyat tak nak pandang org mcm ni. umno akan lingkup selepas pru14..tggu dan lihat.

    ReplyDelete
  7. Apalah nak di herankan manusia sekor ni ?? Dia ni kan Menteri Pelacuran dan Kebuayaan .. Lihat saja gelagat bini muda dia ....celupar dan kurang ajar .

    Nak tau ahli ahli keluarga lainnya ??? redah aje dalam alam maya ni !!

    ReplyDelete
  8. Looks like Nazri on purpose...make Najib bad... many more rascal things incoming by him...to make Najib image worst... Is he bidding for his son in politic post or some post in mainstream politic or nego for his son entrance in high post in politic or sending a mssge to Presiden Umno...my boy..my boy...my boy... only he knows best... as he thought.. But openly is a known agenda... but everyone annoyed.. hatred in silent not worth to care about..Poor Mr PM..

    ReplyDelete
  9. Nazri anjing kurap makan duit haram. Jangan pedulikan dia.

    ReplyDelete
  10. NIE LE DIA NAK MEMBODEK TAK BERTEMPAT......

    INGAT BALASAN DRPD ALLAH TAALA TIDAK SEMESTINYA TUNGGU DI HARI AKHIRAT... BILA-BILA MASA JE DI DUNIA INI ALLAH BOLEH TURUNKAN BALASANNYA...JANGAN TERLALU BONGKAK....WAHAI MENTERI PELANCUNGAN & KEBUDAYAAN DI KABINET PM DIMASA INI

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com