innity

pages

Thursday, May 12, 2016

Ahli Parlimen TERKEJUT: Setiausaha Dewan Rakyat DITUKAR ke JPW, Kembali Semula setelah 11 hari DITUKAR MENGEJUT


Apabila Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Roosme Hamzah dipindahkan ke Jabatan Pembangunan Wanita di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan notis singkat, ia mengejutkan ramai ahli parlimen.
Mereka lebih terkejut apabila pegawai kanan itu yang dinaikkan pangkat sebagai Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, kemudian dipindahkan sekali lagi ke Parlimen.
Menurut sumber, Roosme melaporkan diri semula pada 6 Mei - 11 hari selepas hari terakhir di Parlimen pada 25 April lalu.
Ini mungkin antara pemindahan yang paling singkat membabitkan sebuah jabatan kerajaan dan Parlimen.
"Beliau kini dipindahkan semula sebagai setiausaha Dewan Rakyat - jawatannya sebelum ini," kata sumber Parlimen yang tidak mahu namanya disiarkan kepada Malaysiakini.
"Beliau telah dinaikkan pangkat dari Jusa B kepada Jusa A (gred jawatan utama sektor awam),” katanya.
Sumber itu, bagaimanapun, memberitahu bahawa pemindahan berkenaan adalah "prosedur biasa dalam kerajaan" apabila ditanya mengenai sebab di sebalik pemindahannya.
Semakan di laman web rasmi Jabatan Pembangunan Wanita mendapati perutusan Roosme dibuat sebagai ketua pengarah.
"Kami dengar ia adalah pemindahan dua hari yang begitu singkat," kata seorang ahli parlimen pembangkang.
Ahli parlimen lain mendakwa mereka telah berbincang sesama sendiri mengenai pemindahan mengejut itu.
Malaysiakini telah menghubungi pihak yang berkenaan untuk mendapatkan ulasan.
Mereka adalah Roosme dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said; Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Timbalan Speaker Datuk Ismail Mohamed Said dan Datuk Ronald Kiandee.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com