innity

pages

Friday, May 20, 2016

'Abang Terlajak Laris' kembali ke Kedah?


Kemunculan kelibat pengasas syarikat kosmetik D'Herbs Holding Sdn Bhd Datuk Aliff Syukri Kamarzaman di Alor Setar sehari dua ini menimbulkan pelbagai spekulasi.
Antaranya tentang kemungkinan beliau kembali mempertaut hubungan dengan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) selepas hajatnya menaja pasukan negeri itu ditolak baru-baru ini.
Lebih menarik, difahamkan isu penajaan D'Herbs dan KFA kini mendapat perhatian daripada pihak istana negeri itu.
Menurut sumber satu pertemuan antara Aliff Syukri dan Tunku Laksamana Kedah Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah berlangsung beberapa hari lalu.
Sekeping gambar yang dikaitkan dengan pertemuan berkenaan dilaporkan menjadi viral di media sosial sekarang.


Menurut Facebook Fans Lang Merah, melalui pertemuan itu ada perubahan akan dilakukan terhadap pengurusan KFA tidak lama lagi.
Namun kesahihan maklumat itu masih menjadi tanda tanya.
Sebelum ini, D'Herbs menawarkan tajaan bernilai RM30 juta kepada KFA bagi tempoh tiga musim. Namun, penajaan itu ditolak KFA apabila ia melibatkan isu pengambilan tanah di negeri itu sebagai syarat.
Bagaimanapun, Aliff Syukri menafikan perkara itu susulan pembangunan tanah tersebutdipersetujui melalui usahasama dengan anak syarikat negeri Kedah.
Sementara itu, Aliff Syukri ketika dihubungi enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu.
"Eh mana awak dapat tahu ini?
"Saya tak nak cakap apa-apa, awak boleh tanya wakil Kedah," katanya kepadaMalaysiakini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com