innity

pages

Thursday, May 12, 2016

5 soalan buat Najib selaku menteri kewangan


Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini menimbulkan lima soalan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku menteri kewangan berhubung pendedahan media asing mengenai skandal isu 1MDB.
Terbaru, The Wall Street Journal mendedahkan bahawa para penyiasat mempercayai sekurang-kurangnya dana AS$50 juta milik firma pelaburan negara itu digunakan oleh anak tirinya Riza Aziz bagi pembelian hartanah di New York dan Los Angeles.
Berikut soalan yang dilemparkannya.
Soalan pertama: Bilakah Menteri Kewangan dan keluarganya akan menyaman WSJ?
Dalam kemelut IPIC-1MDB, 1MDB telah ingkar membayar faedah sebanyak tiga kali dan IPIC telah membayarnya.
Hasilnya, IPIC kini menuntut hutang sebanyak AS$1.2 bilion bersama faedah daripada 1MDB dan kerajaan Malaysia sebagai ganti-rugi.
Soalan kedua: Sekiranya kemelut IPIC-1MDB ini tidak dapat diselesaikan, apakah kerajaan Malaysia boleh mengetepikan tuntutan IPIC.
Menurut Tuan Ibrahim, ini kerana 1MDB yang diterajui Menteri Kewangan telah bersetuju menjamin ganti rugi kepada firma pelaburan milik Abu Dhabi itu berdasarkan perjanjian pada Mei tahun lalu?
Semalam, Gabenor Bank Negara yang baru Datuk Muhammad Ibrahim pula memberi jaminan bahawa kerajaan Malaysia mampu menyelesaikan hutang yang ditanggung oleh 1MDB.
Soalan ketiga: Dari manakah sumber dana akan datang untuk membayar hutang yang dicipta 1MDB?
Tuan Ibrahim berkata perdana menteri dalam temu bual eksklusif di saluran TV1 RTM mengakui 1MDB pincang.
Soalan keempat: Apakah Najib sedia bertanggungjawab penuh dan mengakui lalai dalam menjalankan tugas dalam kegagalan 1MDB yang memalukan rakyat dan negara?
Soalan kelima: Apakah selepas ini CEO 1MDB, Arul Kanda Kandasamy pula akan menjadi mangsa yang dipersalahkan kerana gagal menyelesaikan kemelut 1MDB-IPIC?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com