innity

pages

Friday, May 13, 2016

[1MDB] Tuduhan terbaharu ke atas bekas pegawai bank Singapura dedah kaitan SRC, 1MDB


Bekas pegawai bank swasta Singapura, Yeo Jiawei, yang dikaitkan dengan siasatan antarabangsa terhadap syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kini berdepan tuduhan ketujuh iaitu melakukan penipuan.
Tuduhan ke atas Jiawei, 30, kali ini yang disifatkan oleh Pendakwaraya Singapura sebagai membuka lembaran baru dalam siasatan ke atas wang 1MDB, turut mendedahkan kaitan antara SRC International dan skandal 1MDB membabitkan jutaan ringgit.
Kali ini, pihak berkuasa Singapura menuduh Jiawei membantu pemindahan wang berjumlah AS$11.95 juta daripada SRC International ke Affinity Equity International Partners, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Tan Kim Loong, lapor portal berita Todayonline yang berpangkalan di Singapura.
Akhbar kewangan berpangkalan di Amerika Syarikat, The Wall Street Journal (WSJ) sebelum ini melaporkan, Kim Loong adalah pemilik benefisiari daripada Tanore Finance ketika mula-mula ditubuhkan, satu entiti di British Virgin Island yang sama yang didakwa memindahkan AS$681 juta ke akaun bank peribadi Najib.
WSJ juga melaporkan Tanore Finance adalah benefisiari sebahagian daripada wang AS$3.5 bilion 1MDB yang sepatutnya dibayar kepada Aabar Investments PJS, tetapi dilencongkan ke sebuah syarikat di British Virgin Island yang mempunyai nama sama – Aabar Investments PJS Limited.
Dalam enam tuduhan yang dikenakan terhadap Jiawei sebelum ini, langsung tidak menyebut mengenai 1MDB atau mana-mana entiti berkaitan atau induvidu tertentu, tetapi tuduhan baharu itu mendakwa Jiawei melakukan penipuan menandatangani surat rujukan kepada ketua antipengubahan wang haram Citigroup untuk memudahkan pemindahan AS$11.95 juta.
Pemindahan wang itu adalah daripada SRC International (Malaysia) Limited kepada Affinity Equity International Partners Limited. Surat itu ditandatangani pada 23 Disember 2013.
SRC International, anak syarikat Kementerian Kewangan sebelum ini didakwa memindahkan jutaan ringgit ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Wang dari Aabar Investments PJS Limited itu melalui beberapa perantara sebelum berakhir di Tanore Finance.
Ketika memohon lanjutan tempoh tahanan reman Jiawei, Peguam Cara Negara Kedua Singapura, Kwek Mean Luck, semalam berkata, tuduhan baharu itu adalah penting kerana ia membuka lembaran baru yang mendedahkan bahawa siasatan kini mencapai tahap kritikal dan sensitif.
Siasatan itu menurut, Todayonline hampir mencapai kepada transaksi jenayah dan asal usul aliran wang berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com