innity

pages

Saturday, April 23, 2016

Wakil Indonesia ke PBB kena ejek


JAKARTA: Indonesia mempertahankan pelaksanaan hukuman mati ke atas pengedar dadah di negara itu, walaupun wakilnya diejek dalam satu persidangan narkotik Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). 

Indonesia, negara paling ramai penduduk di Asia Tenggara, mempertahankan hukuman mati ke atas pesalah dadah berikutan peningkatan mendadak kes penyalahgunaan dadah. 

Indonesia berdepan kritikan meluas di peringkat antarabangsa susulan pelaksanaan hukuman mati terutama membabitkan kes berprofil tinggi penyeludup dadah warga asing, walaupun sudah dirayu kerajaan dan aktivis antarabangsa. 

"Indonesia dan negara yang sependapat berdepan pelbagai cabaran dalam menangani masalah dadah dan hukuman mati adalah salah satu pilihan berdasarkan kedaulatan undang-undang sebuah negara," kata Kementerian Luar Indonesia dalam satu kenyataan. 

Wakil Indonesia dalam persidangan PBB itu dikritik hebat ketika mempertahankan penggunaan hukuman mati untuk pesalah dadah dengan mengatakan ia adalah hak sesebuah negara untuk membuat keputusan. 

Presiden Indonesia, Joko Widodo mengisytiharkan 'darurat dadah' di negara yang mempunyai 250 juta penduduk, dengan menyifatkan peningkatan ancaman dadah tidak ubah seperti pengganas. 

Peguam Negara Indonesia mengumumkan awal bulan ini, hukuman itu akan disambung semula tahun ini selepas terhenti seketika selepas pelaksanaannya tahun lalu membabitkan 14 pengedar dadah yang kebanyakannya warga asing. - Reuters

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com