innity

pages

Saturday, April 16, 2016

Viral Video KECOH Mesyuarat DAP Tak Boleh Cakap Melayu, Ahli India Keluar Mesyuarat


Sekarang tengah viral mesyuarat cawangan DAP, tapi cawangan mana tak dapat dipastikan.


SITUASI: 

Semasa rakaman tu bermula, kita hanya dengar ucapan dalam Mandarin, tetapi menonton penuh video ni jurulaku-jurulaku dalam video memberikan gambaran bahawa ucapan-ucapan dibuat dalam kedua-dua Bahasa Melayu dan (mungkin) diterjemahkan dalam Mandarin bagi ahli berbangsa Cina yang tak faham BM*. 


Apa yg saya faham daripada konteks video, ahli-ahli DAP berbangsa India ambil keputusan untuk keluar mesyuarat kerana rupa-rupanya ada juga ahli berbanggsa India yg juga tak faham BM* (Mandarin lagi lah), merasakan sepatutnya AJK menyediakan juga terjemahan kpd Bahasa Tamil bagi meraikan ahli India DAP.


Jadi apa kesimpulan awal yg boleh dibuat:

1. DAP menyatakan mereka adalah parti pelbagai kaum (multicultural) sebenarnya hanyalah propaganda kosong.

2. DAP adalah parti untuk bangsa Cina, dan terbukti mereka hanya mendekati dan pergunakan kaum lain demi kepentingan dan agenda rasis dan cauvinis parti sahaja. Masa nak dapatkan sokongan dan undi daripada orang lain, memang sanggup mencemar kaki pijak masjid yang mereka pertikaikan pembinaannya, dan sanggup pakai songkok, baju kurung dan tudung, padahal mereka persoalan isu aurat dan etika berpakaian sebagai 'islamisasi'**.

3. Kegagalan Kerajaan Malaysia sejak merdeka lagi dalam menerapkan, menyatukan dan mengharmonikan rakyat Malaysia (yg asal mahupun yg mendatang) atas satu Identiti Nasional; antaranya boleh dicapai dengan menghormati Kontrak Sosial dan penegakan Identiti Kebangsaan berdasarkan Perlembagaan, termasuklah pemeriksaan Bahasa Kebangsaan.

3a. PPSMI dan sekarang jelmaan terbarunya, DLP, adalah bukti kerajaan tidak bersungguh dalam usaha pengharmonian ini. Bahkan, melemahkan lagi bangsa Melayu kerana DLP hanya dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan, tapi tidak di sekolah-sekolah vernakular. Kenapa wujud 'special treatment' begini?

3b. Kewujudan Sekolah Vernakular yg mendapat dana Kerajaan (wp tiada peruntukan dalam Perlembagaan), bahkan kegagalan Kerajaan untuk memaksa dan menegaskan pengajaran BM secukupnya di sekolah tersebut juga bukti Kerajaan lemah dan tiada wewenang politik ('political will').

4. Semakin hari, semakin terbongkar wajah sebenar parti rasis cauvinis DAP ni yg penuh dengan skandal, dan slogan CAT (capability, accountability, transparency) sudah bokeh dicampak ke tong sampah bersama propaganda kosong yang lain.

5. Janji Allah itu pasti. Kamu lihat mereka itu bersatu melawan umat Islam. Hakikatnya pergaduhan dalaman sesama mereka adalah jauh lebih dahsyat.
-------
*dah lebih separuh dekad merdeka pun masih tak Bahasa Kebangsaan(!).

**so what? Ini kan negara Islam, dari segi sejarah dan majoriti pendudukannya. Memang patut islamisasi dipesatkan.

1 comment:

  1. Nak salah kerajaan pulak!
    DAP ka apa parti mahupun pertubuhan kalau dah tak respek dengan bahasa kebngsaan tak payahle sembang besar..... itu tak betul.... ini tak betul, melainkan cermin diri sendiri terlebih dahulu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com