innity

pages

Tuesday, April 26, 2016

Vigneswaran, Yang di-Pertua Dewan Negara yang Baharu Ganti Abu Zahar Ujang


SHAH ALAM – Menteri di Jabatan Perdana Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said percaya Yang di-Pertua Dewan Negara yang baharu, Senator Datuk S. Vigneswaran M. Sanasee akan dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan baik dalam sistem demokrasi berparlimen negara ini.

Menurut beliau, dengan berlatar belakangkan profesion sebagai peguam, Vigneswaran diyakini mampu memikul tugas ini dan mengawal perjalanan Dewan Negara ini dengan adil dan saksama.

“Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada beliau yang dipilih untuk menduduki kerusi utama badan legislatif tersebut,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan hari ini

Sebelum ini, Vigneswaran dilantik sebagai Ahli Dewan Negara pada Jun 2014 serta pernah menjadi Ahli Parlimen Kota Raja sejak Mac 2004 hingga Mac 2008 lalu.

Selain itu, beliau (Vigneswaran) juga merupakan Ketua Bahagian MIC Klang selain menjadi Pengerusi Yayasan Pembangunan Belia India Malaysia (MIYDF) dan Ahli Majlis Sukan Negara(MSN).

Dalam pada itu, semalam, Tan Sri Abu Zahar Ujang, 72, menamatkan perkhidmatannya sebagai Yang Dipertua Dewan Negara.

Abu Zahar merupakan bekas presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) pada 26 April 2010 dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara ke-16 menggantikan Datuk Wong Foon Meng yang tamat perkhidmatan pada 12 April 2010.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com