innity

pages

Friday, April 29, 2016

[VIDEO UCAPAN PENUH][TEAM B UMNO]Pemimpin Ganti Najib tak dibenar ikut cara dia bebankan rakyat: Tun Dr Mahathir


JITRA, Jumaat – Pemimpin baharu Malaysia, jika Datuk Seri Najib Razak berjaya diturunkan daripada kerusi Perdana Menteri sekarang ini, tidak dibenar melakukan pelbagai hal yang membebankan rakyat serta masalah sebagaimana dilakukan oleh Najib.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, banyak kesalahan dilakukan oleh Najib dalam pentadbiran negara, khususnya dalam isu syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan wang berjumlah RM2.6 bilion yang masuk ke akaun peribadinya.
Beliau juga menegaskan keyakinannya bahawa Barisan Nasional (BN), Najib dan UMNO akan kalah pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang jika Najib tidak diturunkan sekarang.
“Banyak kesalahan dilakukan Najib. Sebab itu dia harus diberhentikan. Kalau dia tidak diturunkan sekarang, saya yakin UMNO akan habis hancur.
“Dalam PRU akan datang ini Najib kalah, BN kalah, UMNO kalah. Apa jadi selepas itu kita sama-sama fikir.

Ucapan Penuh Tun Dr Mahathir - Bicara "Selamatkan Malaysia", Jitra Kedah

Bicara Isu-Isu Semasa Selamatkan Malaysia pada 28 April 2016, Jam 8.30 malam 

di Dewan Lye Huat Garden, Napoh, Jitra, Kedah

“Tetapi kalau kita dapat turunkan Najib sekarang ini, maka mungkin parti yang terbesar dalam dewan akan memilih pemimpin baharu dan pemimpin itu tentulah tidak akan dibenar buat bendar-benda yang dilakukan oleh Najib,” katanya berucap pada Bicara Isu-Isu Semasa Selamatkan Malaysia di Napoh dekat sini, malam tadi.
Majlis malam tadi turut dihadiri bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal. Lebih 3,000 orang hadir pada majlis yang bermula jam 8.30 malam dan menandatangani Deklarasi Rakyat yang diedarkan.



Tun Dr Mahathir juga menyentuh isu pembohongan Najib membabitkan berbilion-bilion ringgit di dalam akaun peribadi yang pada mulanya dinafikan oleh Najib serta perbelanjaan mewahnya, termasuk kenduri perkahwinan anaknya.
“Daripada mana dia dapat duit. Kita tanya. Rupa-rupanya ada duit banyak Arab bagi. Mula kata tak terima. Bodohlah saya kalau saya nak ambil duit masukkan ke akaun saya, kata Najib. Itu mula.
“Lepas tu bila ditunjuk dengan jelas duit tu ada dalam akaun dia, dia kata derma. Derma sebanyak RM2.6 bilion.
“Kononnya Arab bagi. Mulanya Arab biasa, kemudian naik pangkat sikit, putera. Lepas tu kata raja, tapi raja tu dah mati dah.
“Punya bohongnya, siapa nak percaya Arab nak bagi sampai RM2 bilion kepada Perdana Menteri bukan negara Arab,” katanya. - ismaweb


[Tandatangani Deklarasi Rakyat buang Najib di sini]

6 comments:

  1. Najib bukanlah pemimpin yg buruk sebelum menjadi menteri pendidikan dan kemudian PM, namun kuasa meluluskan sesuatu projek dan tidak boleh digugat telah mendorong org sekitarnta menjadi tamak. NAJIB gagal mengawal nafsu serakah orang dan keluarganya membawa padah buruk dan mgkin mimpi ngeri kepada dirinya dan rakyat sekaligus kerana membisu dan dibelenggu rasa takut utk menurunkan Najib.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko ni mesti seorang lagi pemakan dedak yg bingai buta bebal pekak bisu tuli...


      "...mendorong org sekitarnta menjadi tamak. NAJIB gagal mengawal nafsu serakah orang dan keluarganya..."


      Orang2 di sekelilingnya n ahli keluarganya SAHAJA ke???


      Kedunguan jenis apa kah ini??


      DIRI Pemimpin itu SENDIRI yg KORUP, JAHAT, KHIANAT...


      Manusia2 yg ada di sekeliling nya JUGA SAMA SEPERTI DIRI NYA..


      Itulah yg sebetulnya..

      Delete
  2. Kekal najib! Undur Tun M

    ReplyDelete
  3. Who r you madir just shut up n pray cos yr judement day is very2 near, ya allah ampunkan dosa2 kami amiiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. "ya allah ampunkan dosa2 kami amiiin"

      Ini baru betul.

      Delete
  4. masa tun pm dulu pun ramai yg melalak melolong kata tun bebankan rkyat dn bla..bla..bla........kini giliran najib pula. selepas najib ni siapa pula yg akn terima nasib yg sama agaknya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com