innity

pages

Saturday, April 9, 2016

[VIDEO PENGAKUAN BERANI] 'Memang saya makan dedak Najib' - Nazri Aziz


KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengakui beliau ‘makan dedak’ sebagaimana diperkatakan sejak zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad lagi. 

Yang menghairankan beliau, katanya, apabila seolah-olah ada perbezaan dedak dahulu dengan dedak zaman Datuk Seri Najib Tun Razak, sebagai perdana menteri. 

“Kalau dulu dia bagi dedak, dia kata saya bagus. Kenapa Najib sekarang bagi dedak tak bagus pulak?. “Saya memang makan dedak. 

Tak apalah saya makan dedak macam burung atau ayam. Kerana kita makan dedak itu untuk memperkuatkan parti,” katanya. 

Katanya, beliau memang makan dedak, sebab itu adalah dedak yang Mahathir bagi kepadanya. “Dedak ada yang special ke? 

Ya saya makan dedak. Banyak khasiat dedak. Kita semua tahu negara yang membangun, teknologi bagus, dedaknya lebih bagus. 

“Tentu lebih baik daripada dedak yang dia bagi dulu. Saya tidak menafikan itu. Saya memang makan dedak,” katanya. -  SH

2 comments:

  1. Dedak halal dgn dedak haram tak same yeop.

    ReplyDelete
  2. Botak kau ni bodo atau kurang cerdik.Dedak tu bahan buangan...bahasa mudahnya lebih kurang tahi juga.Itu yang kata bagus.
    Tahi zaman Tun M tu tahi minyak tapi tahi zaman najib ni tak tahu dari sumber mana entah2 dari kandang K .

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com