innity

pages

Friday, April 15, 2016

[VIDEO] Menteri Arab Saudi AKUI DERMA RM2.6 billion untuk Najib


ISTANBUL, Jumaat – Menteri Luar Arab Saudi Adel al-Jubeir mengesahkan sumbangan derma RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sememangnya dari negara itu.
Bagaimanapun beliau berkata, derma yang disumbangkan itu diberikan tanpa mengharapkan apa-apa balasan.
“Kami sedar tentang derma itu dan ia memang benar-benar sumbangan.
“Kami juga maklum bahawa Peguam Negara Malaysia telah menjalankan siasatan teliti mengenai perkara itu dan mendapati tiada salah laku. Justeru, setahu kami, isu itu ditutup,” katanya kepada wartawan Malaysia di sini, semalam.

Sebelum ini, Media antarabangsa, The Wall Street Journal (WSJ) turut mengakui bahawa wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun Najib adalah sumbangan dari Arab Saudi dan bukannya milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seperti yang mereka dakwa sebelum ini.
Terdahulu, Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali juga pernah menyatakan bahawa Najib tidak melakukan sebarang kesalahan ekoran dana RM2.6 Billion yang diterimanya.
“Berhubung kertas siasatan berkait dana yang dikatakan berjumlah RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri, saya berpuas hati bahawa keterangan saksi dan dokumen sokongan yang dikemukakan pihak SPRM kepada saya menunjukkan bahawa dana yang dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri berjumlah AS$681 juta (RM2.08 bilion).
“Dana berkenaan, yang dimasukkan di antara tarikh 22 Mac 2013 dan 10 April 2013 adalah sumbangan peribadi kepada Perdana Menteri, daripada keluarga diraja Arab Saudi dan diberikan kepada beliau tanpa apa-apa batasan.
“Pihak SPRM sendiri di dalam siasatan menemui dan merakamkan percakapan saksi, termasuk pemberi sumbangan dana terbabit yang mengesahkan sumbangan terbabit diberikan kepada Perdana Menteri secara peribadi,” katanya. 

5 comments:

  1. Siapa gerangan? Arab saudi tu nama orang ke nama kerajaan?

    Arul dah cakap..what bank statements?please tell me the detail...

    Same here..just give the detail...easy right?

    ReplyDelete
  2. Hari itu Pak Arab ini kata 'pelaburan'. Hari ini Pak Arab ini kata 'derma' pulak.Mana satu bohong, mana satu benar? Takkan Pak Arab ni pun kaki menipu macam Najib.

    ReplyDelete
  3. nampak sape kat belakang dia? bukan anak buah najip ke tu? hehe

    ReplyDelete
  4. Kot nak bagi lagi sedap " elok ngko suggest Anipah ni kutip Gay Arab manè ke berlakun jadi Menteri Luar Saudi buat video"...habis cherita....elok ko jadi Yahudi terus....

    ReplyDelete
  5. Najib dah terdesak, minta bantuan pak arab hasil usaha tun mahathir dulu.

    Apa hasil usaha najib ? Hantar askar ke arab saudi?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com