innity

pages

Wednesday, April 20, 2016

[VIDEO] Jenazah Adik Maut Dipatut Ular Selamat Dikebumikan, HENTIKAN CERITA Hidup Semula


[Video] Jenazah adik Nuriey Nadhirah Ruslan,7, yang maut dipatuk ular di sekolahnya selamat dikebumikan sebentar tadi kira-kira pukul 9.45 pagi di Tanah Perkuburan Che Latiff, Jalan Kuala Besar, Pantai Cahaya Bulan, Kelantan. Al-fatihah
Video: Nor Afiqah Mat Nor



Sebelum ini kecoh viral di laman sosial apabila ada yang mendakwa kononnya adik Nuri Nadirah Ruslan 'hidup semula'.

Ibu adik Nuri Nadirah, Wan Nor Izzatul Azwana Wan Mohamad, 28, mengakui anaknya kelihatan seolah-olah tersedak ketika proses memandikannya petang semalam dan perkara itu kemudian tersebar. 

Malah ada yang mendakwa bahawa adik Nuri 'Hidup semula"

Namun beliau menafikan dakwaan viral kononnya anaknya itu tersedar dan memegang tangannya. 

"Perkara yang diviralkan sejak jam 9 malam tadi yang mendakwa Nuri Nadirah tersedar dan memegang tangan saya tidak benar sama sekali. 

"Namun, bagi memuaskan hati keluarga, jenazah Nuri Nadirah yang sepatutnya dikebumikan malam tadi ditangguh kepada pagi esok. 

"Pada masa sama, kami juga menggunakan khidmat pengamal perubatan tradisional supaya dapat memuaskan hati ahli keluarga. 

"Saya minta semua pihak hentikan sebar maklumat yang tidak betul," katanya. 

Sementara itu, menurut Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Baharom Abu, pihaknya memandang serius maklumat yang diviralkan dan akan menyiasat sekiranya keluarga membuat laporan polis.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com