innity

pages

Tuesday, April 12, 2016

[VIDEO] Ingat Peristiwa 21 Februari 1992? Kita Sahajakah Yang Perlu Hormat Kepada Sensitiviti Mereka?


Pada 21 Februari 1992, berlaku suatu peristiwa yang amat memalukan kepada imej Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Pada ketika itu, Allahyarham Syeikh Ahmed Deedat dijemput mengadakan sebuah ucapan terbuka, free speech sebagaimana dilaung-laungkan oleh golongan ekstremis moderate, di Dataran Merdeka.


Program tersebut dihadiri oleh ribuan penonton dan menarik perhatian ramai pihak kerana ketokohan Allahyarham Ahmed Deedat dalam bidang perbandingan agama. Tetapi program tersebut dan kehadiran kerap Allahyarham mendatangkan perasaan kurang senang di kalangan golongan Kristian tempatan terutamanya ahli-ahli politik Kristian.

Lalu desakan demi desakan dibuat dan dilakukan. Maka berlakulah satu peristiwa hitam yang mencalarkan imej Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan kebebasan bersuara. Syeikh Ahmed Deedat ketika sedang berucap di dalam program tersebut, telah diperlakukan dengan tindakan yang halus untuk memastikan beliau menghentikan ucapannya. Beliau tidak menghasut malah beliau tidak menggunakan sebarang tona provokatif di dalam ucapannya. Tontonlah sendiri video di atas, betapa kebenaran itu tidak disukai oleh golongan pelampau evangelis tempatan. 

Yang menekan hak kebebasan bersuara Ahmed Deedat pada ketika itu ialah golongan yang sama pada hari ini menyalak dan melolong mengenai hak kebebasan bersuara. Hipokrit!

Atas desakan golongan anti hak kebebasan bersuara dari kalangan menteri-menteri, ahli politik dan kumpulan-kumpulan Kristian, pihak berkuasa pada ketika itu telah melakukan satu tindakan yang meninggalkan satu titik hitam yang paling gelap di dalam sejarah hak kebebasan bersuara di Malaysia ini.

Syeikh Ahmed Deedat telah dimalukan pada ketika itu dengan ucapannya dihentikan melalui arahan dan tindakan tekanan pihak berkuasa. (Bangkit ~Tonton video sampai habis jika boleh, tetapi jika mahu fast forward ke peristiwa arahan penukaran subjek sehingga mengganggu kelancaran ucapan, pergi ke minit 31:10 - kemudian pergi ke minit 56:10, di mana kelihatan seorang petugas bergegas naik ke pentas untuk mengarahkan Pengerusi mengehadkan sesi soaljawab bila Syeikh Ahmed Deedat mula bercerita tentang ketakutan Pope di Vatican untuk mengadakan dialog terbuka dengan Ahmed Deedat. Golongan Kristian hanya mahu mengadakan dialog dengan Mujahid Yusuf Rawa dan Khalid Samad tetapi bukan dengan tokoh perbandingan agama yang mempunyai keupayaan intelektual tinggi seperti Ahmed Deedat, mahu tahu kenapa, tengok video jawapannya bermula minit 57:00 berkenaan beza Dialog dan Convert sampai habis. Dan perhatikan pada minit 1:03:00 bilamana pengerusi mengatakan waktu telah suntuk, dan Ahmed Deedat memeriksa jam tangannya sebagai tidak percaya. Kemudian pada minit 1:24:00 Ahmed Deedat memprotes mengatakan bahawa beliau melihat berdozen kertas soalan di dalam peti soalan yang tidak dikemukakan kepadanya. Tengok reaksi penonton selepas itu dan alasan "Tomorrow is a working day in this country," oleh Pengerusi lalu disambut dengan boo oleh penonton.)

Lalu alasan bahawa sensitiviti golongan Kristian tempatan di Malaysia ini harus dihormati. Tokoh ini sampai perlu dimalukan hanya kerana sebahagian daripada kita begitu takut dengan kebenaran yang bakal menyentuh sensitiviti mereka-mereka yang terkepung jauh dari kebenaran.


Percepatkan masa kepada tahun 2001, hampir 10 tahun selepas peristiwa Syeikh Ahmed Deedat dimalukan hanya kerana beliau menjalankan hak kebebasan bersuara di sini, Majlis KAFIR telah mengemukakan sepucuk surat dengan 14 tuntutan yang kemudiannya dikenali sebagai 14 tuntutan IFC. Kami pernah menulisnya di sini. (KLIK).



9 Daripada 14 tuntutan ini telah pun dipenuhi. Kami menjelaskannya pada penulisan ini (KLIK).


Setelah kita sanggup memalukan hamba Allah yang mulia ini demi menjaga sensitiviti rakyat Malaysia yang beragama Kristian, apakah mereka turut membalas "kebaikan" itu dengan turut menjaga sensitiviti kita selepas itu?

Jawapannya TIDAK SAMA SEKALI!!!!


Lihat sahaja tindakan demi tindakan pelampau-pelampau evangelis Kristian mencabar sensitiviti umat Islam dalam kes nama Allah dan beberapa hari lepas dilaporkan menjemput golongan muslim murtad untuk memberi ucapan mengenai Islam di negara ini.




Mahkamah Persekutuan telah memutuskan keputusan berkenaan penggunaan Kalimah Allah. Selangor mempunyai undang-undang yang melarang penggunaannya dikalangan golongan bukan Islam. Hanya golongan pelampau akan melampaui batas undang-undang.

Mereka mula melakukan provokasi demi provokasi biadap ke atas agama Islam. Bayangkan, biadabnya tindakan provokasi mereka, sehinggakan mereka membawa kepada pertikaian isu nama suci Allah ke Mahkamah untuk digunakan mereka bagi merujuk Tuhan yang beranak dan diperanakkan.

Jadi janganlah hairan saban tahun pada setiap satu hari selepas dunia menyambut hari lahir manusia yang dikatakan sesetengah golongan sesat sebagai anak kepada Allah, langit hampir sahaja seolah runtuh dan bumi hampir sahaja seolah terbelah dan menyebabkan berlakunya bencana raksasa di beberapa tempat di dunia. Ingat 26 Disember 2002 ribut Greg di Sabah? Ingat 26 Disember 2003 di Bam, Iran? Ingat 26 Disember 2004 di Acheh? Ingat 26 Disember 2006 di Hengchun, Taiwan?

"Hampir saja langit pecah dan bumi terbelah, dan gunung-gunung runtuh (karena ucapan itu) karena mereka menganggap Allah Yang Maha Pengasih mempunyai anak”. (Maryam: 90-91) 

Ya, bencana juga berlaku pada tarikh-tarikh lain. Tetapi tidak sekerap bencana yang mengorbankan banyak nyawa dan merosakkan dengan kemusnahan yang terus sebagaimana kerapnya ia berlaku pada setiap 26 Disember.

Jika mereka tidak tahu berhenti melakukan provokasi, maka sudah tiba masanya kebenaran sebenar disampaikan seluas-luasnya di bumi Malaysia.

Jemput ke semua tokoh-tokoh perbandingan agama tersohor dunia untuk menyambung usaha Allahyarham Syeikh Ahmed Deedat yang sebahagian daripada kita telah hentikan 22 tahun yang lalu. 

Terbitkan rancangan-rancangan mereka di dalam stesen-stesen televisyen tempatan secara terbuka. Inilah kebebasan bersuara untuk bercakap mengenai kebenaran yang mereka sangat-sangat mahukan. Mereka mahukan kebebasan bersuara, maka kita jalankan kebebasan bersuara yang tidak bertentangan dengan Perlembagaan terlebih dahulu.

Sementara kuasa politik masih dipinjamkan kepada kita, mari kita semua berusaha keras untuk menjalankan kebebasan bersuara secara terbuka menggunakan semua saluran yang ada untuk menyampaikan kebenaran.

Bukankah itu yang mereka mahu? Tak perlu terkial-kial terkebil-kebil takut diugut makhluk Allah yang jumlahnya tak sampai pun 9% dengan undi yang berpecah-pecah di muka bumi Malaysia ini. Melainkan hanya jika si penakut menyembah peti undi sebagai Tuhan yang memberi kuasa kepada mereka.


Mahu sangat kebebasan bersuara, mari kita jemput semua tokoh-tokoh perbandingan agama Muslim terkenal dunia untuk mengadakan debat terbuka dan disiarkan live dalam stesen televisyen negara. Kita masuk ke Sabah dan Sarawak dengan program-program tersebut sebagaimana mereka mahu apa yang dipraktis di Sabah dan Sarawak dibawa ke sebelah semenanjung.



Mahu debat intelektual, dipersilakan...


6 comments:

  1. Assalam...

    Yg menjadi masalahnya siapa yg memerintah, kenapa berlembut sangan dengan puak2 ni?
    kalau dengan pembangkang cepat je ambil tindakan.... dengan puak ni takut, hilang terus Telo.
    Bukalah Mata pemakan DEDAK oiiiiiiiiii

    ReplyDelete
  2. pm melayu islam..agong melayu islam..ketua polis melayu islam..general tentera melayu islam..sudah2 laa menyalahkan org lain

    ReplyDelete
  3. yang menghalang ni sapa, bukan pembangkang ke..Prof ramasamy tu sapa ketua umno ke..maslaah sekarang ko suruh amik tindakan dekat "puak ni", padahal puak ni yg ko maksudkan tu adalah puak mu sendiri yg ko sokong tu..klu ko berani sgt ckp kat puak mu tu jgn kacau majlis ni.,.

    ReplyDelete
  4. yang menghalang ni sapa, bukan pembangkang ke..Prof ramasamy tu sapa ketua umno ke..maslaah sekarang ko suruh amik tindakan dekat "puak ni", padahal puak ni yg ko maksudkan tu adalah puak mu sendiri yg ko sokong tu..klu ko berani sgt ckp kat puak mu tu jgn kacau majlis ni.,.

    ReplyDelete
  5. Benar..kita umat islam berdepan dengan dua masalah besar yg merugikan dan mengancam kita.
    1)pemimpin melayu sendiri yg lemah dan berpecah menyebabkan puak kafir berani dan naik kepala.
    2)musuh islam yg bersifat mahu menguasai dan sentiasa merancang mengalahkan umat islam dan pegangan umat islam.

    Jadi yg kita saling persalahkan tu memang semuanya betul dan berlaku, maka kita mesti celik dan berada di pihak yg mempertahankan islam.

    ReplyDelete
  6. Semuanya nak salahkan kerajaan dan umno.
    Bagaimana pula pemimpin2 islam pembangkang laknarullah yg memberi jalan sehingga puak2 laknat ini naik kepala.
    Pemimpin2 islam di pihak pembangkang laknatullah yg memylakan semua ni.
    Kenapa.sebab mulut2 kereka telah di sumbat dgn najis babi manakala pencacainya pula terlalu taksub dan asyik dgn syurga yg pemimpin mrk janjika.
    Sebenarnya kita yg beesalah krn kita berpecah belah menjadi satu bangsa yg dipijak dan dihina oleh laknat2.
    Telunjuk menyalahkan org lain,empat jari menghala kediri sendiri.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com