innity

pages

Wednesday, April 20, 2016

[VIDEO] Hadiah 'murid dalam kotak' pada guru dikecam


KUALA LUMPUR, 19 April — Wajar atau tidak seorang murid sekolah rendah disorokkan di dalam sebuah kotak sebelum dia tiba-tiba muncul membuat kejutan dengan menghulurkan hadiah? 
Video yang dimuat di Facebook malam tadi menunjukkan seorang wanita bertudung menerima hadiah besar yang diikat reben kuning di depan perhimpunan sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. 
Selepas wanita itu menggunting reben, dalam video selama 2 minit dan 48 saat, muncul murid berkenaan dari dalam kotak dan menyampaikan kad bertulisan “Sasiga”. 
Tiada butiran tentang sekolah atau majlis tersebut. Tidak dapat dipastikan bila video itu dirakam.
Rata-rata pengguna media sosial mengkritik tindakan pihak sekolah memasukkan murid yang bertali leher itu, yang kelihatan berpeluh apabila muncul dari dalam kotak. 


Mereka bimbang keselamatan murid lelaki itu, risau dia boleh pengsan atau berlaku sebarang kejadian yang tidak dijangkakan.
Namun ada juga pengguna yang mempertahankan tindakan tersebut, menjelaskan kotak itu telah dibuat lubang agar murid berkenaan tidak kelemasan. 
Sejak dimuatkan di laman komuniti Sudar Oli Malaysia kira-kira 20 jam lalu, video itu dikongsikan hampir 80 orang dan mendapat 47 ulasan. 
Berikut beberapa ulasan pengguna Facebook selepas menonton video berkenaan:
Maran Chanthiran: Saya tidak nampak sebarang kesalahan di sini. Mungkin sebahagian kita tidak sedar terdapat lubang pada kotak itu untuk membolehkan dia menyedut udara. Dan mereka juga memilih seorang murid bersaiz kecil. Jadi dalam aspek keselamatan, penganjur sudah penuhi. Jangan terlalu manja. 
Selva Raj: Itu idea yang hebat... seharusnya kotak itu disiapkan dan dibawa [ke depan] sebelum reben dipotong. Jadi tidaklah berpeluh sangat [murid itu]. Kerana dia berpeluh banyak, itu menunjukkan kanak-kanak itu berada di dalam ruang kecil sekurang-kurangnya 10 hingga 15 minit. Dan [cara] ini berbahaya! Tidak boleh bayangkan kalau anak saya sendiri berada di dalam kotak itu. 
Papu Anthony: Anda semua tahu apa makna keselamatan? Saya tahu kalian guru-guru tetapi bagi saya [tindakan] ini salah, tiada jaminan keselamatan buat kanak-kanak. Lain kali fikir dulu sebelum berbuat apa-apa. 
Highway Man: Kalaulah kanak-kanak itu mati di dalam kotak, siapa yang akan bertanggungjawab? Penganjur bodoh. Kementerian Pendidikan, apakah tindakannya? 
Puvaneswary Selvaraju: Tindakan ini salah. Janganlah terfikir tiada apa-apa yang buruk akan berlaku. Apa sahaja boleh terjadi dalam masa satu minit. Buatlah cara yang lebih baik untuk menghargai orang lain tetapi bukan cara ini.
Siva Kumar: Memang bodoh mereka yang menganjurkannya. Apa kata kalau sesuatu yang buruk terjadi pada budak itu. Ingat, sekarang musim panas.  
Jseelan Mahen: Tindakan yang paling bodoh pernah dibuat orang. Apakah ibu bapanya dimaklumkan terlebih awal? Apa kata jika kanak-kanak itu pitam di dalam kotak? 
Gunaseelan Narasambu: Bukan idea yang baik tetapi masih boleh diperbaiki. Mungkin hantarkan sekeping lukisan dengan menggunakan helikopter kawalan jarak jauh atau sesuatu seperti itu.
- See more at: http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/salah-atau-tidak-murid-disorok-dalam-kotak-sebelum-hulur-hadiah-video#sthash.4UR7Ekgo.dpuf

4 comments:

  1. salah..yg x salah kalau letak 2.6b dalam tu..

    ReplyDelete
  2. sekarang suhu 37 c...bodo punya pendidik

    ReplyDelete
  3. 2.6b tu bapak tiri mak kau punya harta..

    ReplyDelete
  4. Klu letak buah manggis dan banglo terlajak.laris ok gak tu...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com