innity

pages

Sunday, April 17, 2016

[VIDEO] Empat lagi individu peluk Islam ketika syarahan Zakir Naik yang berakhir Jam 2.45 awal pagi tadi


Empat lagi individu memeluk Islam ketika syarahan pendakwah terkenal Dr Zakir Naik di Stadium Hoki Bukit Jalil malam tadi.
Mereka mengucapkan dua kalimah syahadah ketika sesi soal jawab.
Individu pertama mengucapkan kalimah itu ialah seorang lelaki dari Punjab India, Harinder Pal Singh tepat jam 12 tengah malam tadi.
Manakala seorang lagi adalah wanita yang merupakan penganut Roman Katolik pada awalnya.
"Saya mahu mengucapkan syahadah," katanya kepada Zakir sebelum wanita itu dibimbing mengucapkan kalimah tersebut.
Sejurus mengucapkan syahadah pada pukul 12.05 tengah malam, beliau kelihatan berpelukan dengan beberapa orang di sebelahnya dan terus dibawa pergi dari situ.
Individu ketiga mengucapkan pengakuan menyertai Islam ialah seorang wanita pada jam 1.37 pagi. Sejurus selepas itu beliau dibawa pergi oleh penganjur.
Manakala syahadah keempat diucapkan oleh Joel Anak Along pada jam 2.03 pagi.
Katanya sebelum ini beliau telah mendalami Islam di Hidayah center.
Lebih 35,000 hadir sejak jam 5 petang bagi mendengar ceramah Dr Zakir yang juga Tokoh Maal Hijrah pada 2013.

Kehadiran pengunjung pada awal malam diuji dengan keadaan hujan lebat.
Bagaimanapun kemunculan Dr Zakir pada jam 8.45 malam disambut dengan tepukan gemuruh pengunjung yang hadir.
Syarahan itu tamat pada jam 2.45 pagi.
Sejak tiba di negara ini pada 9 April lepas, ini merupakan ceramah pertama tokoh pendakwah terkenal itu di Kuala Lumpur selepas mengadakan ceramah di Terengganu.
Beliau dijangka berada di Melaka esok bagi meneruskan jelajah ceramahnya di Malaysia. -MK

3 comments:

  1. Ini baru lah majlis ilmu dan penceramah yg berkualiti... tak seperti ceramah agama yg lain setakat nak cari makan dng cara ceramah... penceramah cari makan suka mrnyanyi nyanyi... sindir mrnyindir. .. kutuk mengutuk.. mengata orang.. kafir mengkafir dan maki hamun sambil dia ko..ko..ko..Dr Zakir cintoh terbaik dan ini yg rakyat serta dunia mahukan ... rakyat malaysia sudah buka mata dan minda ceramah mana yg benar berdakwah dan dakwah mana yg sekadar cari makan. ... tahniah malaysia atas dakwah Dr Zakir Naik..

    ReplyDelete
    Replies

    1. Masing-masing ada cara tersendiri untuk berdakwah. Itu adalah kelebihan masing-masing. Tak perlulah nak kutuk sesiapa pun, 4.02.

      Delete
  2. ramainya kristian masuk Islam depan Zakir Naik
    sbb dia adalah penceramah bertaraf INTERNATIONAL, tak mcm ustaz2 kita
    itu kelebihannya

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com