innity

pages

Saturday, April 30, 2016

UMNO KERAJAAN MINORITI TERENGGANU, PAKATAN Siapsiaga Pilihanraya 3-4 Jun 2016


UMNO KERAJAAN MINORITI TERENGGANU, JAMINAN TIDAK ADA UNDI TIDAK PERCAYA DARI PAS SEHINGGA PRU14

Sebagai anak jati Terengganu, saya mengikuti dengan teliti perkembangan politik Terengganu yang terus bergolak sejak dua tahun lepas. Saya mengadakan perbincangan dari semasa ke semasa dengan YB Azan Ismail (ADUN Bandar), Pengerusi KEADILAN Terengganu dan YBM Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (Ahli Parlimen Kuala Terengganu), Pengerusi AMANAH Terengganu.

Hakikatnya ketidakstabilan politik di Terengganu yang berpunca dari perpecahan dalaman Umno Terengganu yang parah akan terus memangsakan rakyat Terengganu yang masih lagi rata-ratanya membawa pulang pendapatan isi rumah di bawah RM1,500 sebulan.

Kalau pun pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu tidak bergolak seperti sekarang, Kerajaan Negeri Terengganu berhadapan dengan cabaran getir menguruskan pentadbiran negeri bila mana sebahagian besar sumber kewangannya menguncup serta merta akibat kejatuhan harga minyak mentah dunia. Sebelum ini, Kerajaan Negeri Terengganu sudah biasa dengan peruntukan melebihi RM2 bilion setiap tahun kerana hasil royalti minyak dan gas yang tinggi. Saya tidak pasti bagaimana Kerajaan Negeri Terengganu boleh mengubah pola perbelanjaan dengan serta merta apabila hasil pendapatan menurun berlipat kali ganda.

Dengan pergolakan dalaman Umno yang berterusan sebegini, Kerajaan Negeri Terengganu terus terkontang-kanting yang akhirnya memangsakan rakyat Terengganu sendiri.

Walaupun Pakatan Harapan mempunyai pengaruh yang besar di Pantai Barat, saya mengakui bahawa suasana politik di Terengganu lebih banyak ditentukan oleh Umno dan PAS yang sama kuat. Kedudukan di Dewan Undangan Negeri Terengganu kini iaitu 16 Umno, 14 PAS, 1 KEADILAN dan 1 ditafsirkan bebas (Dato’ Seri Ahmad Said kerana beliau dinafikan peruntukan oleh Kerajaan Negeri) menyebabkan kemelut pentadbiran di Terengganu hanya boleh diredakan buat sementara waktu oleh Umno dan PAS sahaja.

Oleh yang demikian, saya menyeru supaya pimpinan Umno dan PAS di Terengganu mempertimbangkan supaya Umno terus membentuk Kerajaan Negeri tetapi berfungsi sebagai kerajaan minoriti. Walaupun ia kerajaan minoriti, pentadbiran Umno di Terengganu boleh kekal stabil dengan syarat blok kedua terbesar iaitu PAS memberi jaminan ia tidak akan membuat sebarang undi tidak percaya kepada pentadbiran Umno itu sehinggalah Pilihanraya Umum 14 (PRU14) kelak.

Sebagai menghargai politik matang yang ditunjukkan oleh PAS Terengganu itu, saya mencadangkan supaya kerajaan minoriti Umno di Terengganu memberi sedikit peruntukan kepada wakil-wakil rakyat bukan Umno agar semua rakyat mendapat khidmat yang baik dari wakil rakyat masing-masing.

Saya telah berbincang dengan YB Azan Ismail dan merasakan ia satu pendekatan yang boleh dipertimbangkan untuk mengurangkan ketidaktentuan politik pada kala pentadbiran negeri perlu menumpukan kepada usaha-usaha menambah hasil.

Pun begitu, parti-parti KEADILAN, AMANAH dan DAP yang membentuk Pakatan Harapan Terengganu sedar bahawa Dewan Undangan Negeri boleh dibubarkan bila-bila masa. 

Oleh yang demikian, satu program mempersiapkan jentera Pakatan Harapan Terengganu yang melibatkan lebih 40 orang pimpinan pusat Pakatan Harapan akan digerakkan di kesemua 32 DUN pada 3 dan 4 Jun 2016 ini. 

Jentera dan siapsiaga pilihanraya negeri (PRN) juga akan dilancarkan pada hujung minggu itu oleh pimpinan-pimpinan Pakatan Harapan dari Pusat dan negeri.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN

2 comments:

  1. Begitulah politik..bukan nak selesaikan masalah rakyat. Nak buat persiapan siap siaga untuk pilihanraya. Nampak dah cara pakar strategi pkr ni. Ahli parlimen pandan dah lihat kuman kat Terengganu..gajah depan mata kat pandan tu dah tak nampak. Keadaan rakyat di pandan tu dah tak ambil peduli.

    ReplyDelete
  2. Tidak ada sesiapa pun atau mana2 rakyat yang menyokong pemimpin korup, zalim dan menganaiya rakyat bernama Najib.

    Oleh sebab itu, PRN terengganu adalah disokong!!!!

    Dan jika kita melihat parliman pandan membangun pesat, tahukah pembaca sekalian rangkaian jalan Dan lebuhraya di parliman pandan bernilai berbillion billion?

    Untuk apa semua pembangunan ini? Dan kredit perlu diberi kepada Tun Mahathir yang bertanggungjawab keatas pembangunan bukan setakat parliman pandan malah seluruh negara Malaysia.

    Dulu Malaysia dihormati Dan disegani oleh masyarakat seluruh dunia, hari ini rakyat mendapat gelaran korup hasil perbuatan Najib.

    Di manakah maruah rakyat Malaysia hari ini?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com