innity

pages

Monday, April 25, 2016

["UGUT" TIDAK KEMUKA USUL TIDAK PERCAYA NAJIB] Ketua Umno cawangan adu diugut: Mukhriz


ALOR SETAR - Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendakwa wujudnya ugutan ke atas ketua Umno cawangan yang dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) supaya tidak kemukakan usul tidak percaya terhadap Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mesyuarat Umno cawangan.

Sekiranya mereka berbuat demikian, jawatan pengerusi JKKK itu tidak dilanjutkan pada masa akan datang.

“Saya kesal apabila ada ketua cawangan yang mengadu perkara ini berlaku sebelum mereka bermesyuarat. Ada juga pihak yang minta usul itu ditapis sebelum diserahkan kepada bahagian masing-masing,” katanya, ketika dihubungi.

Menurutnya, tindakan itu dianggap keterlaluan kerana ini adalah unsur ugutan dalam usaha menyekat usul tidak percaya kepimpinan Najib untuk diketengahkan di peringkat lebih tinggi.

“Saya kesal perkara seperti ini berlaku dalam Umno. Di Kedah, ketua Umno cawangan secara automatik dilantik Pengerusi JKKK. Ini suatu penganiayaan dan ugutan bersifat politik,” katanya.

Mukhriz berkata, difahamkan banyak cawangan berhasrat mengemukakan usul itu, termasuk usul tidak tangguh pemilihan parti, selain memohon diadakan pada tahun ini, namun hasrat itu terbantut gara-gara ada ugutan.

“Saya difahamkan lebih 20 cawangan ada ketengahkan usul ini. Akar umbi ini tegaskan mereka sepakat bawa usul itu demi untuk selamatkan parti selain mahu Najib undur,” katanya.

Menurutnya, kebanyakan cawangan yang bertindak berani mengusulkan dua usul itu adalah dari Bahagian Jerlun, Merbok, Sik dan Baling.

“Malah sebahagian besar daripada mereka turut menandatangani Deklarasi Rakyat.

"Bagaimanapun, jumlah sebenar belum diketahui kerana masih dalam proses pengiraan oleh urusetia,” katanya, ketika ditanya jumlah mereka yang menandatangani Deklarasi Rakyat di Kedah.

Mukhriz berkata, deklarasi ini adalah suara rakyat terhadap kepimpinan kerajaan sedia ada, dan mana-mana individu berhak bersuara.

“Sesiapa yang tidak berpuas hati terhadap kepimpinan, wajar berbuat sesuatu. Buat masa ini, lebih 250,000 tandatangan diperoleh,” katanya.

Menurutnya, deklarasi ini bukan bertujuan menyuruh orang ramai melakukan demonstrasi atau merusuh, sebaliknya menyatakan rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan secara harmoni. - SH

14 comments:

  1. Najib yang laknat bini keparat

    ReplyDelete
  2. Bang Mukriz, amalan ugut ni dah lama berakar dlm Umno, cuma kali ni lebih terang dan bersifat keras. Dulu amalan tak akan lantik apa apa jwtan utk orang yg menjadi lawan dlm pertandingan secara demokrasi sbb bimbang kononnya nanti bagaikan melepas anjing tersepit.

    Budaya ugut, dendam, rasuah, berpuak adalah penyakit yg sudah menjangkit sejak petronas mengeluarkan duit yg banyak. Maklumlah semua pelaburan utk panjat jawatan mestilah ada ganjarannya, Semua orang nak jadi kaya.

    Penyakit itu juga ada dlm parti pembangkang yg belum pun memerintah. PkR bergaduh dlm pemilihan, berebut jd MB, tuduh menuduh, anak beranak tolak amalan demokrasi wlwpun dapat undi kurang popular.
    Boikot memboikot dan melabel dlm pemilihan parti. Semua ini dalam politik pembangkang pun berlaku.

    Rakyat menunggu akan muncul satu kumpulan yang akan mengubati penyakit parti parti dlm negara kita ni. Tempat rakyat menumpang harapan dan menyelamatkan mereka.

    ReplyDelete
  3. masalahnya Sekarang asik dok kata ketua cawangan kea ugut..... yg orang lupa nak ambil kira atau sebut.... ni Apa cerita ketua cawangan dok ugut kepimpinan plak der?????.... ada 22,000 cawangan..... setakat ni.... dah ada 2000 cawangan buat PC ker?.... dalam setahun ada 365 hari @ 12 bulan @ 48 minggub.... setakat ni kalau nak kira cincailah kan.... setiap minggu ada 20 cawangan tunjuk telur ada yg besar ada yang kecik.... (ini fakta).... baru nak cecah tak sampai seribu cawangan beb..... so hang nak kata besau ker???.... sembang kuatlah korang neh?.... nak nampak gah setiap penolakan ada PC.... lepas tu selit cerita sadis...KENA UGUT..... jangan buat jahanamlah..... ni semua kepala yang tak dengar cakap orang.... bila kena tegur.... semuanya di anggap ugutan. Berhentiah jadi manusia munafik.

    ReplyDelete
  4. Dulu.... Yang tolak Tun Dari cawangan smpailah bahagian beb..... elok jer batang tubuh tu berdiri 22 tahun muka selamba...... korang buatlah sikit cerita sebagai contoh....... ada berani? Tun GAGAL.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muka selamba pun dia tetap menang 2/3 majoriti kerusi parlimen sepanjang 22 tahun pemerintahan dia walaupun hg kata banyak ahli parti tak suka kan dia.
      Toke dedak hg baru sepenggal ja pun dah lelah la weii.. PRU 14 aku yakin UMNO dan BN akan bungkuih habih la weii.. Serawak BN menang besaq pun tak guna la klau kat semenanjung bungkuih.. Yg penting kerajaan pusat tidak dikuasai oleh UMNO/BN

      Delete
    2. BN menang kat Sarawak BUKAN kerana SAYANG PM tetapi rakyat Serawak SAYANG KM Tan Sri Adnan .

      Adnan janji Kuasa Autonomi utk Serawak dlm masa 5 tahun !!!

      Delete
    3. Tun gagal apa ??? Gagal kerna tak bagi dedak kat hang ke ????

      Delete
  5. UMNO ni ingat dgn ahli depa yag depa ada tu, depa boleh monang ke PRU14???.....go fly kita lah brother. Kalau 3.3 juta ahli ko tu keluar mengundi, ko orang tak boleh monang lagi tau. Walaypun ko ada parti lain dlm BN tu....semua tu hampas. Berapa kerat cina nak undi MCA dgn Gerakan????? Kebanyakan yg ada tu sobab undi melayu atas pagar yang sayang kat UMNO. Le ni dengan boss ko tu jadi kepala lanun ko orang ingat ko orang boleh dapat lagi ke undi kami ni????.....go fly kite lah brother....

    ReplyDelete
  6. Anon 9.55 dan anon 9.57
    Kalau nak bangkang biar dengan hujjah yang betul.
    Selama 22tahun tun menjadi pm tidak ada cawangan yang mensyorkan tun letak jawatan. Tidak ada ahli akar umbi yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan beliau. Yang mendesak tun lepaskan jawatan adalah pembangkang (biasalah sebab pembangkang susah nak menang), pro anwar, dan pimpinan tertinggi umno yang malas buat kerja tapi gila jawatan.
    Rata-rata pengundi bn pada pru yang lalu dah bosan untuk undi bn dan mengharapkan ada pihak yang usaha mendesak najib undur. Kami sebagai ahli biasa dan rakyat biasa tidak mampu buat apa-apa. Hanya harapkan mantan pm iaitu tun dan beberapa orang dalam pimpinan umno umtuk bangun menyampaikan apa yang kami rasa. Jika semua jalan disekat, dan najib masih juga pm, percayalah kami tidak akan undi bn lagi dan tidak akan sedikit pun ada rasa menyesal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. anon 9:55/9:57 mana depa nak tau,masa tu depa dok pakai pampes lagi.taik dok bertabog

      Delete
    2. anon 9:55/9:57 mana depa nak tau,masa tu depa dok pakai pampes lagi.taik dok bertabog

      Delete
    3. Ada bro tp tak berani jer..yg berai tu tubuh smgat 46..ramai tak suka Tun M masa tu tapi Tun M bijak...berbaik dgn mca..mic..mungkin juga dap..tu sebab dia boleh duduk sebaris dgn LKS masa bat deklarasi rakyat masa yg baru ni. mca dan mic ni klu ada kepentingan dan masyuk..dia org senyap..

      Delete
  7. Hampa mmg haramjadah...kerutunan khinzir dapigd laknatullah.
    Bukan nak jg agama,bangsa dan negara Malaysia baik2,asyik nak dengki sj hampa tau..
    Keturunan khinzir betul la perut hampa ni

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com