innity

pages

Tuesday, April 19, 2016

Tun Mahathir failkan injuksi mareva bekukan aset Najib bernilai RM2.6b


Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memfailkan permohonan injuksi mareva menentang Datuk Seri Najib Tun Razak bertujuan membekukan atau penyekat perdana menteri daripada memindah, mengeluar atau melakukan sebarang urusniaga ke atas aset beliau yang bernilai RM2.642 bilion.
Bekas perdana menteri itu bersama-sama bekas naib ketua Umno cawangan Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan bekas ahli Umno Langkawi, Anina Saadudin, turut memfailkan permohonan pendedahan yang menghendaki Najib untuk memaklum dan memberi butiran aset-aset beliau termasuk artanah, baki kredit, tunai dan aset-aset lain dalam bank, institusi kewangan dan saham syarikat.
Permohonan itu difailkan hari ini pada jam 10.40 pagi menerusi firma guaman, Haniff Katri di pendaftar Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur.
"Arahan kepada Najib untuk menyediakan senarai aset dalam masa 10 hari bermula tarikh penghantaran surat ini kepada beliau," kata permohonan itu.
Permohonan itu adalah berlandaskan kesemua mereka telah memfailkan tindakan sivil menentang Najib, pada 23 Mac yang lalu, bagi kemungkiran kewajipan fidusiari dan salah laku tort misfeasance dalam jawatan awam.
Menurut mereka, Najib selaku perdana menteri, pengerusi BN dan presiden Umno dengan niat jahat menghalang, mencampuri, menindas dan menyalah pintas pelbagai siasatan dan inkuiri berhubung skandal 1MDB berserta kemasukan dana dalam anggaran AS$700 juta (RM2.6 bilion) ke dalam akaun peribadi banknya.
Mereka juga menuntut RM2.6 bilion sebagai ganti rugi teladan dan ganti rugi berpanjangan sebanyak RM42 juta.
Mengulas lanjut, tambah mereka, telah dibuktikan RM2.6 billion dimasukkan dalam akaun perbadi Najib menerusi Ambank pada bulan Mac 2013, dan RM42 juta dari SRC International Sdn Bhd yang merupakan bekas anak syarikat 1MDB.
Ketiga-tiga mereka turut mendakwa Najib tidak menafikan wang masuk ke dalam akaun peribadinya dan dakwaan itu telah disahkan menerusi kenyataan Peguam Negara dalam sidang medianya. - MK

40 comments:

  1. HAH!TAKLEH MAKE NASIK LA TOK NAJIB LEPAS NI RETA KENA MASOK PETI SEJUK.KESIAN MADEY SESAT DIHUJONG JALAN NAK BALIK KEPANGKAL JALAN PUN SESAT JUGOK.TADOK KO SAPO2 HOK BULEH TUNJOK JALEY KELIK KO MADEY,KESIAN DIA SESAT SOREY2.

    ReplyDelete
    Replies


    1. 2.23, kau menyebuk ape hal. Pi jauh-jauh buat budu, ad jugak pekdah nya.

      Delete
  2. he..he..he.. yang sebenar nya Tun M dan dua ekor pengikut nya tu cemburu sebab tok arab bagi duit 2.6 billion kat najib free tanpa mengharap balasan....sedangkan masa Tun M memerintah, tok arab tak bagi banyak tu secara free..Tun M jealous la ....Tun M nak duit tu....tu pasal dia file kan kat mahkamah...kalau dia menang, Najib kena bagi duit tu kat Tun M...he..he..he..

    ReplyDelete
    Replies
    1. He..he..he..ko pulak anon 0237 pm komen mcm ni dpt ape..HE..HE..HE..

      Delete
    2. Anon0237 tu tergolong dlm manusia berotak jengkel . Golongan yang Najib sendiri bilang bodoh , tolol dan boil .... tu lah akibatnya bila terlampau banyak makan kang kong !

      Delete
  3. dio ingat...dio hebak maso dio merintoh negaro. ruponyo tok jib lagi hebak. bab tu...ore arab buri dermo ko najib. ko guano....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syabas Tun m yg berani memperjuangkan nasib anak bangsa. Insya Allah kami bersama Tun.

      Delete
    2. Tun M the Man....Malaysian saviour... Berani kerana Benar...

      Delete
    3. Salut Tun . Teruskan perjuangan dalam mengembalikan martabat Malaysia .
      Kami akan terus menyokong tindakan Tun , TS Mahyudin ,Mukriz , Shafei dan tidak lupa Khairudin .
      Teuku Adnan yang bagitu yakin dengan sokongan 3.5 juta ahli UMNO adalah omong omong kosong . Kerana itu Najib TIDAK BERANI menjalani pemilihan UMNO sebab dia YAKIN KALAH !

      Delete
  4. Tengok pada gambar, nampak Najib macam lebih tua daripada Tun M. Semoga Allah kurniakan kesihatan dan panjangkan umur Tun M. Aamiin. I love Tun M. I do not love Najib.

    ReplyDelete
  5. Apo la bodo2 korang sume...senang2 kena kelentong "derma" najib...

    ReplyDelete
  6. Bila la nak piap org tua ni. hidup pun buat menyusahkan negara je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Encik,piap org jgn kire..kira sndiri kamu pny piap..jgn main2 bab kematian ni encik..

      Delete


    2. Betul tu 5.12. Setuju.

      Delete
    3. Apa barang itu mcm encik ? Encik dedak?

      Delete
  7. Buleh dok duo ekor klate atah tu kalu nok bahe dedok tigo te pun, jange buak tunjuk bodo hilir sgt dale blog??
    Nate buak malu kito klate jah. Kalu nok tongong pun adak pado la wey!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara 4.00,

      Yang komen 2.23 tu pencacai kronik najib bernama fumakilla.

      Hari ini dia komen loghat pantai timur, esok loghat utara dan hari berikutnya loghat orang sarawak.

      Bahasanya tunggang langgang dan bersedia menonggeng untuk najib.

      Delete
  8. Biarlah ditelanjang semua bukti, Kalau najib bersih tak perlu halang niat Tun M, rakyat pun nak tahu Najib memang bersih suci. Apa yg nak halang. Harap najib akan bgtau mahkamah saya setuju nak dedahkan akaun saya dan harta saya. Jgn biar mahkamah putuskan tolak permohonan Tun M.

    ReplyDelete
  9. Semoga pemerintahan Najib selamat dari pengkhianatan dan pemberontakan manusia yg di gelar anjing2 neraka. Aku berani cakap pasal nabi sendiri cakap begitu. Ada sapa2 lg nk jd anjing?

    Haha..ada org tu tnya apa hukum melawan pemerintah yg tdk melaksanakn hukum islam pd dzn di utem. Sekali dia jwb HARAM menentang pemerintah islam yg sah smpai terkedu member yg tnya td

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pencacai ni jugak anti dzn...

      Terangkan dengan sebenarnya kepada dzn bahawasanya najib itu menipu, korup, zalim dan menganaiya rakyat.

      Baru tanya soalan taat kepada pemimpin.

      Delete
    2. Ni la namanya bangang. Kn dh cakap td org tu tnya apa hukum memberontak kpd krajaan yg tdk melaksanakan hukum syariah islam dlm pentadbirannya. Dlm Quran sebut barangsiapa yg tdk berhukum dgn hukum Allah mereka adalah org yg kafir, zalim, fasiq. Org pas cukup tahu ayat ni. X perlu nk citer yg lain2. Korang ingat klu korang nyokong sistem demokrasi lalu angkat ulama kononnya dari sistem ni jd pm ulama tu kira x zalim ke? Semua sistem yg tdk bertunjungkan sistem islam yg syumul di kira zalim. Dzn sendiri ngaku blm ada sistem syariah yg 100% di dunia sekarang. Klu begitu bermakna semua negara islam iu zalim krn tdk melaksanakan sistem islam sepenuhnya. Tp bolehkh kita memberontak? Bc jwpn dzn tu btul2.

      Dzn tu walaupn aku x suka cr dakwahnya tp dlm jwpnnya agar rakyat tdk memberontak kpd pemimpin yg zalim tu mmg di ajar dr nabi sehingga ulama ms kini. Jd, apa lg alasan korang yg bencikn sgt Najib?

      Delete
  10. Dzn cakap “HARAM in Islam!!!”

    Sebab ianya adalah fitnah. Dan fitnah itu lebih besar dari pembunuhan. Setiap pemerintah akan ada membuat kesilapan, tapi orang islam diharamkan oleh Allah menentang pemerintah. Kerana ia mengundang kepada fitnah. Tergamam lelaki tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana fitnahnya cai... Pemimpin yg zalim dan lemah wajib diturunkan. Allah tak akan ubah nasib buruk sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri mahu berubah kpd kebaikkan.

      Delete
    2. 4.59

      HARAM juga kepada najib yang mencuri, menipu, menzalimi dan menganaiya rakyat!

      Malahan HARAM juga kepada mereka2 yang bersubahat dengan pemimpin bernama najib ini!

      Delete
    3. Pandai2 buat fatwa sendiri. Ko tunjuk ayat Quran kat mana Allah haramkan menentang memerintah?

      Delete


    4. Oasispig, itu kalo pemerintah yang sah dan adil.

      Kalo pemerintah yang zalim, tidak adil, penipu, penyamun dan rasuah macamana pulak ye.

      Delete
    5. Oasispig terlupa ... hukum mencuri , sabit kesalahan potong tangan .

      Oh ya , dalam kes Najib , bukti tak cukup ???? sebab tu Si Apandi arah SPRM tutup kes ??? sebab khuatir segala bukti bukti bertaburan atas jalan ....

      Delete
  11. Terima kasih Tun M kerana berjuang untuk merebut balik duit 2.6 billion dan dikembalikan pada rakyat.Hak rakyat mana boleh najib perabih sorang2
    Betul tak anon 3.54 pm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko br blk dr kenya lps 3 thn dok sn smpai x tau ujung pangkal citer sibuk nyalak pasal 2.6b. Pg minta blk ngan pak Arab tu la bengap!

      Delete
    2. Hidup lagi rupanya si Munafiq ni...


      ...ingatkan dah kojol tersedak telan dedak


      ...masih lagi tak insaf si Oasispg ni

      Delete
    3. Pak Arab tu tak ada kata pun Najib dah pulangkan duit 2.6b tu . Cuma Si Apandi je yang kata ....
      Najib pun sedar dgn berkata gitu Si Apandi berdosa besar . Jadi di lantiknya Si Apandi jadi director TH , Nanti bolih gi Mekah buat Umrah dan Haji free of charge ..... tuk tebus dosa ?????

      Delete
  12. Makin haram oasispg ni..org soh pi masjidbelajar tak nak dtg..pastu nak tunjuk pandai..kalau kau rasa kau betul email aku n kita jumpa..kita debat..ada beran? Amirul@gmail.com

    Jgn berdolak dalik..if u got balls..btw eja kau eja looser tu salah. .it should be loser. .

    Btw byk info kau yg aku dpt based on ur ip address n location...nak tgk to wat extend kau nak bekelakuan mcm ni..

    ReplyDelete
  13. “Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taati Rasul-Nya dan Ulil Amri diantara kamu, kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Qur`an) dan Rasul (sunnahnya) jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhir, yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.” (An-Nisa: 59)

    ReplyDelete
  14. Al-Qurthubi berkata: “Di dalam ayat ini Allah memerintahkan untuk taat kepada-Nya, kemudian kepada Rasul-Nya, kemudian kepada para Umara, menurut perkataan jumhur, Abu Hurairah, ibnu Abbas, dll.”

    Ibnu Khuwaidzi Mandad berkata: “Adapun taat kepada sultan maka wajib dalam rangka taat kepada Allah dan tidak wajib dalam perkara maksiat kepada Allah…” (Al-Jami’ lil Ahkamil Qur`an 5/167, 168)

    ReplyDelete
  15. Sekarang tunjukkan dlm al-Quran ayat yg membolehkan memberontak kpd pemimpin beserta dgn tafsir sekali

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oasispg 10.23

      "beserta dgn tafsir sekali.."

      Lu ada beri tafsir tak? 10.21 & 10.23?

      Delete
  16. Perbuatan khianat dan zalim merupakan dosa besar yang mendapat ancaman berat, tidak kira dilakukan oleh siapa pun. Allah SWT memberi amanah kepada setiap manusia maka siapa saja yang mengkhianatinya nescaya tersedia baginya azab yang pedih. Nabi SAW bersabda, “Takutlah kamu kepada kezaliman, kerana kezaliman adalah kegelapan pada Hari Kiamat.” (Bukhari & Muslim)

    Hakikatnya setiap manusia adalah pemimpin, cuma bezanya adalah kecil atau besar kekuasaan. Ini sebagaimana sabda Nabi, “Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya tentang apa yang dipimpin. Seorang ketua adalah pemimpin dan dia akan ditanya tentang yang dipimpinnya. Seorang lelaki adalah pemimpin keluarganya dan dia akan ditanya tentang yang dipimpinnya. Seorang wanita adalah pemimpin atas rumah suaminya dan anak-anaknya dan dia akan ditanya tentang mereka. Seorang hamba adalah pemimpin atas harta tuannya dan dia akan ditanya tentang harta tersebut.” (Bukhari & Muslim)

    Pemimpin negara adalah orang yang paling berat memikul amanah kerana besarnya jumlah orang yang di bawah pimpinannya. Dia akan disoal tentangnya di Akhirat kelak. Pemimpin negara juga lebih mudah membuat kezaliman disebabkan kuasa ada padanya, serta lebih terdedah kepada penyakit nifaq seperti disebut ciri-cirinya dalam hadis; “Apabila bercakap dia berdusta, apabila berjanji dia mungkiri, dan apabila diberi amanah dia khianat.”

    Maka hendaklah para pemimpin bertakwa kepada Allah dan bertaubat atas perbuatan zalim yang pernah dilakukan. Beratnya beban yang dipikul dan akan dipertanggungjawabkan ke atas pemimpin, sehingga Nabi SAW bersabda, “Tidak ada seorang hamba diberikan kepimpinan oleh Allah, mati pada hari matinya dalam keadaan khianat kepada rakyatnya kecuali Allah haramkan ke atasnya Syurga.” (Riwayat Muslim)

    Bersambung...


    ReplyDelete
  17. Yg Qurthubi dan ibni khuwaizi cakap tu bkn tafsir ke bangang?
    Yg kau bg tu bkn hujah. Itu tanggung jawab pemimpin yg kn pikul. Kau phm x soalan aku? Jgn nk tegakkn benang yg basah la wei.. Bg aku 1 ayat dlm al-Quran atau hadits shahih yg menyuruh kita menarik ketaatan atau memberontak kpd pemimpin yg zalim. Jgn pusing2 fakta la. Klu xde hujah mk hendaklah sami'na wa ato'na. Jgn jd cam Yahudi membantah walaupun dh terang btul fakta

    ReplyDelete
    Replies
    1. Poyo ny kau ni oasispg..bajet alim..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com