innity

pages

Thursday, April 7, 2016

[TUN LEPAS JAWATAN KERANA TIDAK MAHU PROTON JADI MANGSA NAJIB] Khazanah Punca Proton Bermasalah BUKAN Tun Mahathir


Perletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamed sebagai pengerusi Proton menjadi isu terhangat sejak kebelakangan ini. Ramai yang memberikan pendapat, sama ada sudut positif mahu pun negatif. Ini termasuklah dari beberapa menteri sendiri, antaranya Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan yang berkata Tun Dr Mahathir perlu menjawab mengapa syarikat automotif tempatan itu dilanda masalah kewangan yang serius walaupun berbilion wang rakyat sudah dibelanjakan terhadapnya.
Selain itu, presiden Persatuan Pengedar Proton Edar (PEDA) Armin Baniaz Pahamin, turut memberikan pendapatnya menerusi entri di laman blognya, Stay Tuned. Beliau berkata, kemelut yang melanda Proton bukanlah berpunca daripada Tun Mahathir, malah ia telah berlarutan sejak sekian lama iaitu ketika Proton di bawah seliaan Khazanah Nasional.
Kiri dan kanan, depan dan belakang, orang bercerita tentang isu ini. Namun tuan empunya badan sendiri, iaitu Tun Mahathir tidak berkata apa-apa mengenainya. Sehinggalah, beliau memuat naik entri baharu di laman blognya, chedet.cc, menjelaskan sebab-sebab keputusan tersebut dibuat. Beliau memberikan gambaran tentang dirinya sebagai persona non grata (seseorang yang tidak diundang) dengan kerajaan, yang dilihat sebagai boleh menjejaskan masa depan Proton.
Tun Mahathir turut berkongsi wawasannya untuk menjernihkan semula suasana termasuk pandangannya berkaitan kewangan Proton serta hal-hal berkaitan, antaranya pemberian geran, cukai dan insentif lain. Menurut beliau, “Proton telah membayar Kerajaan lebih daripada apa yang dibantu oleh Kerajaan terhadap Proton.
Malah bekas pengerusi Proton itu turut menggambarkan betapa pentingnya Proton yang banyak memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia sama ada secara langsung atau tidak langsung (vendor). Beliau turut memberikan perincian mengenai kepayahan Proton untuk memasuki pasaran asing, disebabkan pelbagai tarif dan sekatan bukan-tarif yang ditetapkan di atas sana.
Menerusi catatannya, ia turut memberikan respons daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh menteri MITI, Datuk Seri Mustapa Mohamed. Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada tarikh 1 April 2016, Mustapha berkata, model perniagaan sedia ada Proton tidak mampan dan kerajaan akan membuat pertimbangan sebelum memberikan lebih banyak bantuan.
Berikut merupakan kenyataan daripada blog Tun Mahathir:
Saya rasa saya berhutang penjelasan untuk anda semua tentang mengapa saya meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Proton.
Saya tidak disingkirkan oleh pengurusan Proton atau pemiliknya. Saya menentukan (keputusan ini) bersendirian, demi Proton saya harus meninggalkan. Lantarannya saya tiada dendam terhadap Proton ataupun saya mahukannya gagal selepas saya pergi.
Ini kerana nampaknya Proton akan berhadapan kesusahan dengan Kerajaan, dan untuk sebab yang tidak diketahui, jualan kereta-kereta Proton telah jatuh menjunam.
Saya tahu saya persona non grata dengan Kerajaan. Saya tidak mahu untuk menjadi punca ketidakupayaan Proton pulih disebabkan oleh kehadiran saya.
Saya sebenarnya mahu melihat Proton pulih dan melakukan dengan baik.
Jadi, tolonglah, pemilik-pemilik Proton dan pembeli, jangan kerana saya tidak lagi pengerusi, anda tidak menyokong Proton. Tolonglah teruskan menyokong Proton.
Proton mempunyai banyak idea terbaik untuk memperkenalkan model baharu dengan kualiti yang bagus. Bulan ini, Perdana baharu bakal dilancarkan. Tahun ini juga, Persona dan Saga baharu akan dilancarkan.
Proton tidak boleh mengharapkan apa jua bantuan daripada Kerajaan.
Hanya pemilik dan penggemar Proton sahaja yang boleh membantu Proton. Jadi, tolonglah membantu Proton, pengeluar kereta nasional anda.
1. Saya tidak lagi Pengerusi Proton. Bagaimanapun saya rasa keperluan untuk menyatakan fakta.
2. Pertama, Proton kini menjadi milik persendian selepas ia dibeli pada harga RM5.50 sesaham (harga asalnya RM2.95 tetapi bidaan menjadikan harganya tinggi), sebahagian besarnya dari Khazanah dan beberapa pemegang saham lain. Khazanah sepatutnya memegang saham untuk Bumiputra tetapi sekarang mewakili Kerajaan. Proton bukan GLC (Government Linked Company/Syarikat Berkaitan Kerajaan).
3. Dasar Kerajaan dahulunya, adalah untuk menggalakkan (penggunaan) kandungan tempatan. Semua kereta yang diperbuat atau dipasang di Malaysia berhak mendapat rebat bagi duti eksais berdasarkan peratusan kandungan tempatan yang digunakan. Kebanyakan kereta-kereta asing yang dipasang di Malaysia mempunyai 30-40% kandungan tempatan. Proton mempunyai hampir 90% kandungan tempatan. Lantaran itu, rebat untuk Proton adalah lebih tinggi. Ia bukan satu keistimewaan untuk Proton sahaja. Semua kereta tempatan dan asing menikmati keistimewaan ini. Kandungan tempatan meningkatkan kos mengeluarkan kereta. Ini adalah kerana elaun pemotongan oleh syarikat asing selalunya lebih rendah dari kos komponen tempatan.
4. Kerajaan mendakwa telah menyediakan bantuan, pelbagai bentuk bantuan serta pencukaian kira-kira RM13.9 bilion dalam keseluruhannya.
5. Kebanyakannya terdiri daripada cukai tetap. Rekod Proton adalah seperti berikut:
(1) RM1,320 juta sebagai cukai insentif kepada Proton yang juga layak diperoleh bagi kereta bukan-nasional.
(2) RM773.8 juta bagi Geran G&D, geran khas, pakej rangsangan, yang layak diperoleh bagi semua pengeluar automotif.
(3) RM12,532.6 juta untuk insentif tempahan, juga layak diperoleh semua pemain industri automotif.
Jumlah sumbangan Kerajaan dari 1985 – hingga ke tarikh berjumlah RM14,631.4 juta.
Perincian (1), (2) and (3) dilampirkan.
Jumlah sumbangan Proton kepada Kerajaan sejak 1985 keseluruhan berjumlah RM24,905 juta.
Ini terdiri daripada:
(i) Duti eksais dari 1985 ke atas – RM11,785 juta
(ii) Cukai jualan dari 1985 ke atas – RM9,470 juta
(iii) Cukai korporat dari 1985 ke atas – RM1,410 juta
(iv) Duti import dari 1985 hingga 2008 – RM1,403 juta
(v) GST dari 1 April 2015 – RM28 juta
Jumlah keseluruhan: RM24,095 juta
Ternyata, Proton telah membayar lebih kepada Kerajaan berbanding yang diberikan oleh Kerajaan kepada Proton.
Suntikan modal oleh Kerajaan dalam dua buah dana berjumlah RM400 juta. Ini telah dibayar sepenuhnya. Di mana, Proton telah dibiayai sepenuhnya bagi kilang Tanjung Malim berjumlah RM1.8 bilion dari akaun-akaun syarikat, tapi yang mengejutkan sebenarnya dana dalaman Proton memiliki sejumlah RM4 bilion.
6. Sebagai tambahan, Proton telah membuka peluang pekerjaan kepada 12,000 pekerja secara langsung dalam satu masa, dan lebih 250,000 secara tidak langsung. Proton juga telah mengurangkan pengaliran dana mungkin berjumlah lebih daripada RM100 bilion.
7. Para vendor turut mendapat peluang pekerjaan dan ini mengurangkan pengaliran bagi dana.
8. Kita boleh melupakan pembangunan keupayaan kejuruteraan sebagai dasar kita sekarang iaitu mahu menggalakkan import.
9. Secara kebetulan, semua negara yang mengeksport kereta ke Malaysia melaksanakan tarif dan sekatan bukan-tarif, mengakibatkan pengecualian pengimportan Proton ke dalam negara mereka. Ini berbeza dengan dasar kita yang membenarkan kereta-kereta asing masuk Malaysia tanpa sekatan atau had minimum.
10. Ia seharusnya dinyatakan bahawa Proton perlu bersaing dalam pasaran domestiknya sendiri terhadap jenama asing seperti Toyota (10 juta unit kereta setahun), pembuat-pembuat kereta Korea Selatan (lima juta buah kereta setahun), pembuat-pembuat kereta Jerman (enam juta buah kereta setahun) dan lain-lain.
11. Syarikat ini masih mampu biarpun (mungkin) kehilangan kereta mereka di Malaysia dan mendapatkannya semula di pasaran lain. Selain skala ekonomi, Proton tidak memasuki pasaran asing kecuali di negara-negara miskin dengan Jumlah Keseluruhan Industri rendah.
12. Hari ini Kerajaan sudah tidak ada harga diri dalam menghasilkan produk buatan nasional. Import lebih murah dan terdapat lebih ramai pengguna daripada pengeluar. Dalam sebuah demokrasi, jumlah diambil kira. Jadi menyenangkan dengan lebih banyak adalah lebih penting daripada keupayaan negara untuk membangunkannya.

24 comments:

  1. Ya Allah tolonglah selamatkan negara kami malsysia tanah tumpah darah kami. ya Allah tolonglah selamatkan negara kami dari kerosakan yg sedang dibuat oleh pemimpin yg rasuah dan yg bersubahat dgnnya. Tolonglah kau jatuhkan dan hinakan the corrupt pm, menteri2 kabinet yg bersubahat dgnnya,pemimpin2 yg juga bersubahat dgn pm NR yg rasuah dan org2 yg menyokong dan redha dgn pm NR yg rasuah.Amin ya Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. . .amin. . .amin.
      Ya Rabul Alamin ! ! !

      Delete
  2. Siapakah yang sebenarnya mengkhianati negara? Proton mulai diabaikan bermula dengan pentadbiran Pak Lah yang bersungguh2 hendak mengahpusklan legasi Tun M. Lihat sahaja keadaan Putrajaya yang tidak terjaga persekitarannya ketika itu. Saya percaya juga ini adalah agenda KJ.

    Tanya Najib pula dan penyokong tegarnya kini yang menyerang Tun M perihal Proton. Tiada seorang pun yang mahu bertanggungjawab.

    Segalanya membuktikan kekosongan laungana "agama, bangsa dan negara". Yang pentingnya politik perut!

    ReplyDelete
  3. cerdik mainan jahat mamak. khazanah yg selamatkan Proton dr muflis 2004 dulu. Pak Lah berikan greenlight utk Khazanah susun rasionalkan semula Proton selepas teruk dijahanamkan Mahaleel, sekutukkuat Mahatunmamak. Khazanah melantik Dato Mohamed Azlan sebagai Pengerusi ketika itu membuat tindakan drastik menamatkan Mahaleel si kaki golf dan gila karaoke serta pemboros duit Proton. Mahaleel perosak sebenar Proton dgn restu Tunmamak. kroni2 haprak vendor bekalkn parts Proton dgn hargaberkali ganda mahal tp kualiti buruk.

    Khazanah melantik CEO baru DS Syed Zainal yg merupakn ceo plg berjaya dn berjasa Proton dgn hanya 6 tahun Proton berjaya berubah dn hasilkan kejayaam model keta teras. bukn merepek mcm Mahaleel buat keta Savvy dn Juara kotak tu.

    Khazana susun semula Proton dgn tamatkan EON yg jd penyamun tgh makan komisen mahal keta Proton. Proton ada Proton Edar. sbb itu Khzanah tamatkan puak penyangak ni.

    Mv Agusta yg tanggung hutanh euro200 million juga dilepaskan utk memulihkn alirab tunai Proton. cukup jhtsbnrnya org yg fitnah Khazanah yg berjasa selamatkan Proton demi.menutup kegagalan tun mamak dn DRB meruskan strategi terbaik yg dirangka CEO DS Syed Zainal dn Khazanah. cukup2lh jd pnjilat mamaktun yg gagal tu. dia sibuk nk jatuhkn org bkn fikir nk mjukn Proton.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya saya tidak faham apa isi komen kamu. Rasa menyesal saya membaca. Buang masa saja

      Delete
    2. Jika anda tak tahu cerita yg sebenar,jgn hanya menulis supaya anda kelihatan amat BODOH yg mana anda sendiri saja yg tahu perihal kebodohan anda.
      UTK APA? JIKA SEKADAR UTK MENGAIBKAN,ANDA BEBAL!

      Delete
    3. Boleh percaya ka fakta kamu ini....

      Delete
    4. Sebenarnya saya tidak faham apa isi komen kamu. Rasa menyesal saya membaca. Buang masa saja

      Delete


    5. Hehehe 9.19

      Kau standby jer la.
      Kejap lagi bertalu-bertalu kau kena bantai.
      Sedap sangat bahasa kau tu.
      Sungguh sopan.
      Ready jer la nak kena balun.
      Aku tak kisah.
      Itu pendapat kau, hak kau.

      Salam.

      Delete
    6. Anon 9.19 AM Dah berapa Kali saya dok pesan
      biar orang gelak kerana kita buat lawak jangan bagi orang gelak kerana kita nampak bodoh.Lain Kali ingat betul2

      Delete
  4. Baik Arh TUN!!!

    Amek kau penjilat AhJibNgok SIAL yang Bangang macam Tuannya!!!

    ReplyDelete
  5. pening baca statement masing-masing.... rasa macam nak gi bertapa dalam gua.

    ReplyDelete
  6. Cai-cai Najib..!!!! TERIMALAH KENYATAAN.. Proton yg diwujudkan sejak 1985 merupakan salah satu pemangkin ekonomi negara dan rakyat Malaysia. 1MDB...?????

    ReplyDelete
  7. Aku nak tunggu menteri najib jawap. Terutamanya Mustafa Muhamad.pasal dia ada datang Proton.

    ReplyDelete
  8. aku agak pelik dengan kenyataan tun. bertahun beliau menjaga proton dan akhirnya menjadi peneraju @ penasihat proton. jawatan apa ni? adakah jawatan untuk duduk dikerusi empuk dalam suasana dingin sebulan sekali sebelum balik waktu petang untuk berehat dengan anak cucu? sepanjang menerajui proton sebagai penasihat, apakah nasihat2 baik, bagus dan bijak kepada proton untuk menjadikan proton sebuah syarikat pembuatan kereta berdaya maju? beliau mendakwa proton telah memberi kepada kerajaan lebih daripada apa yang kerajaan beri kepada proton. lawak apa tun mahathir? itulah yang sepatutnya dan wajib proton laksanakan, bukan menjadikan kerajaan sebagai payung yang sentiasa lindungi proton dengan dana, modal dan sebagainya, seolah proton itu baby atau budak kecil yang perlu sentiasa dapatkan susu. bila proton tak untung, salahkan orang lain sedangkan hakikatnya tun sendiri adalah penasihat. penasihat buat kerja atau tidak? adakah tun terlalu lembut sehingga nasihatnya kepada proton tidak dituruti atau memang tiada sebarang nasihat kepada proton oleh tun. yang mana satu benar. tun mendakwa dakwi seolah beliau sentiasa suci bersih, tidak cuai dan buat kerja dengan baik demi memajukan proton. beliau berundur dari protonpun sebab sudah tidak sehaluan dengan kerajaan, bukan atas kesedaran proton dibawah nasihatnya kekal tidak berdaya maju. sehingga ada dakwaan perbezaan antara kereta proton dengan tin sadin adalah bentuknya. so what? satu yang aku respek kepada tun mahathir ialah kebolehannya mencari ruang kesalahan orang lain bagi menampakkan dirinya suci bersih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anda ada dlm meeting room waktu Tun bagi idea? Takde...jgn banyak cakap!
      Pergi tanya azalan:
      1. Pasal apa keputusan dia banyak reverse
      2. Pasal apa dia jual agusta 2 euro? Owner baru tu jual balik split dua company,jual satu dapat ratusan juta....sapa bodoh? Cer tanya kononnya 'corporate people' tu....ada bran?

      Delete
  9. Tun M beri contoh yg baik sggup lepaskan jwtan kalu boleh susahkan proton dan rakyt yg bekerja di proton. Masa depan proton lebih utama drpd habuan jadi pengerusi maupun penasihat proton. Masa depan petronas lebih utama drpd ego kuasa dan jawatan.
    Sekarang ni, rakyat 65% tak mahu Najib ditambah skandal merosakkan imej negara serta gagal memberi formula selamatkan ekonomi dan kejatuhan nlai ringgit berterusan.
    Maka najib memang manusia yg lupa daratan. Anda sudah tempa nama sbgai PM dua penggal, culuplah, beri kpd pengganti anda.

    ReplyDelete
  10. aku agak pelik dengan kenyataan tun. bertahun beliau menjaga proton dan akhirnya menjadi peneraju @ penasihat proton. jawatan apa ni? adakah jawatan untuk duduk dikerusi empuk dalam suasana dingin sebulan sekali sebelum balik waktu petang untuk berehat dengan anak cucu? sepanjang menerajui proton sebagai penasihat, apakah nasihat2 baik, bagus dan bijak kepada proton untuk menjadikan proton sebuah syarikat pembuatan kereta berdaya maju? beliau mendakwa proton telah memberi kepada kerajaan lebih daripada apa yang kerajaan beri kepada proton. lawak apa tun mahathir? itulah yang sepatutnya dan wajib proton laksanakan, bukan menjadikan kerajaan sebagai payung yang sentiasa lindungi proton dengan dana, modal dan sebagainya, seolah proton itu baby atau budak kecil yang perlu sentiasa dapatkan susu. bila proton tak untung, salahkan orang lain sedangkan hakikatnya tun sendiri adalah penasihat. penasihat buat kerja atau tidak? adakah tun terlalu lembut sehingga nasihatnya kepada proton tidak dituruti atau memang tiada sebarang nasihat kepada proton oleh tun. yang mana satu benar. tun mendakwa dakwi seolah beliau sentiasa suci bersih, tidak cuai dan buat kerja dengan baik demi memajukan proton. beliau berundur dari protonpun sebab sudah tidak sehaluan dengan kerajaan, bukan atas kesedaran proton dibawah nasihatnya kekal tidak berdaya maju. sehingga ada dakwaan perbezaan antara kereta proton dengan tin sadin adalah bentuknya. so what? satu yang aku respek kepada tun mahathir ialah kebolehannya mencari ruang kesalahan orang lain bagi menampakkan dirinya suci bersih.

    ReplyDelete
    Replies

    1. 11.46/11.57

      Sangat baik la komen kau tentang Tun.

      Betul jugak cakap kau selama Tun jadi Penasihat Proton apa dia buat?

      Berapa banyak dah negara ini menanggung kerugian akibat Proton?

      Biarlah oghang lain yang lebih cerdik jawab.

      Aku cuma nak tanya balik kepada kau.

      Siapa pulak Penasihat 1MDB?

      Berapa banyak keuntungan untuk negara dibawa oleh 1MDB?

      Boleh kau dapatkan jawapan daripada Penasihat 1MDB atau Menteri Kewangan atau Perdana Menteri atau Presiden UMNO?

      Tolong jawab dengan ikhlas dan jujur ya,

      Jangan spin.

      Delete
    2. Bai proton dh brp.lama ujud??????
      1MDB brp lama.????
      Akai.ada.kaaa?????

      Delete
    3. kalau ujud sehari pun kalau mendatangkan bala baik tutup saja. kalau dah tak tau meniaga buat apa digagahi jugak dan akhirnya semua harta gadai la buat byaq hutang.. bodoh punya idea..

      Delete
  11. Dgn proton saga first model, berapa ramai golongan berpendapatan rendah mampu berkereta dan membawa anak bini berjalan2 dan balik kampung melawat ibubapa? Terutama yg bekerja dgn kerajaan. Di awalnya sesuatu yg amat dibanggakan....mampu membeli kereta!
    Model2 baru proton canggih beb! Cuma dasar orang kita bangga dgn kereta import. Paling penting duit tidak mengalir ke negara luar hanya kerana jenama import. Matlamat itu telah tercapai...hinggalah ia dimusnahkan oleh kononnya bijak pandai yg mana terbukti memandai2....
    Waktu proton wujud melayu belum semewah skrg beb! Syukurlah....seharusnya kita menyokong kereta tempatan supaya model2 seterusnya boleh di pertingkatkan lagi...bagilah idea kat proton..Ada buat mcm tu? Dah cuba pandu suprima? Teknologi lotus? Hina sangat kah proton ni? Kereta jepun pun tin sardin gak,tak bising pun. Agak2 first model proton tu 80k...mampu ke nak beli pada era 80an?
    Keseronokkan melayu kutuk barang sendiri mmg dah lama terbukti weh!
    Dasar kacang.....

    ReplyDelete
  12. Aku memula pakai kreta, aku sambar saga first model..then aku jual saga aku sambar plak wira. Bini aku cemburu, dia baham satria! Tu semua berlaku zaman tun M. Takde hutang2. Kini anak aku plak..cekup kancil 850 je. Katanya nak jimat..zaman skrg ekonomi meleset..beli hutang bank. Kesian. Itulah hakikatnya zaman jibby!

    ReplyDelete
  13. Anak Run Mamak semuanya Maya raya suit amik mana...?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com