innity

pages

Thursday, April 7, 2016

Trend gila pasangan cium, hidu bau ketiak


BEBERAPA pasangan dari Indonesia dikesan cuba memulakan trend gila mencium bau ketiak pasangan lelaki masing-masing di laman sosial dengan hashtag #ciumketekpacar.

Menurut laporan Dailymail, beberapa foto pasangan termasuk pasangan wanita yang bertudung dari negara majoriti penganut agama Islam tersebut sedang mencium atau menghidu ketiak pasangan lelaki.

"Saya tak mahu kehilangan awak, kalau tak saya tak boleh bau ketiak awak lagi," kata seorang wanita di laman foto Instagram berserta foto beliau menunjukkan simbol 'peace' dan mencium ketiak.

Seorang pelayar lelaki, Ryan Mizard pula memuatnaik foto teman wanitanya cuba menghidu bau ketiaknya.

Kata Ryan, kalau pasangan wanita tidak mahu melakukannya bermakna mereka hanyalah kawan dan bukan pasangan kekasih.

Tak semua pelayar laman sosial kagum dengan tingkah laku menjelikkan pasangan berkenaan.

"Saya minta maaf jika saya kasar tetapi inilah trend paling bodoh saya pernah saksikan. Saya hilang harapan terhadap negara ini," kata seorang pelayar wanita.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com