innity

pages

Thursday, April 14, 2016

Teong Kim juga Setuju Sertai Debat TMJ


PETALING JAYA: Lim Teong Kim sedia menyertai debat demi meningkatkan kemajuan bola sepak negara dengan bersyarat.
Pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) itu berkata, beliau tidak ada masalah untuk menhadiri debat yang dicadangkan Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) bagi mengupas kemerosotan bola sepak negara itu.
"Ia untuk kebaikan bola sepak negara. Tetapi pihak-pihak yang terlibat dengan bola sepak negara mestilah ada sekali, itu syaratnya.
"Pemimpin tertinggi badan induk bola sepak negara, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu ada bersama, selain Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Persatuan Negeri (FA), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan lain-lain lagi, jika syarat ini diikuti barulah saya hadir.
"Semua orang tahu apa punca sebenar kemerosotan dan sekarang biar sama-sama bincang seterusnya buat kerja," jelasnya ketika dihubungi mStar Online pada Khamis.
Menerusi kenyataan di laman Facebook Johor Southern Tigers pada pagi Rabu, Tunku Ismail mencabar supaya satu perbahasan diadakan bagi mengupas dengan lebih mendalam masalah kemerosotan bola sepak negara dan pihak yang perlu bertanggungjawab.
Katanya, beliau sendiri akan turut serta dalam debat itu bersama beberapa individu penting arena bola sepak negara, di mana beliau menyarankan ia disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen Astro.
"Saya menggesa pihak Astro, untuk mengadakan sesi siaran langsung di televisyen bersama Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, wakil daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), jurulatih kebangsaan Datuk Ong Kim Swee, Pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) Lim Teong Kim dan Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBSM) B.Sathianathan dan saya sendiri untuk berbahas tentang siapa yang bertanggungjawab bagi prestasi buruk pasukan kebangsaan dan bola sepak Malaysia serta apa tindakan selanjutnya yang perlu dilaksanakan," katanya dalam kenyataan di laman Facebook Johor Southern Tigers, awal pagi Rabu.
Setakat ini, Khairy dan Sathianathan antara yang mengesahkan untuk menyertai debat berkenaan.

6 comments:

  1. Nk main bagus kasi buang 2 player import dn ranking gaji ikut pencapaian main kebangsaan. Klu x bagus gaji bwh 25k dh la. Ramai lg rakyat idup susah.

    ReplyDelete
  2. Setuju sangat.Presiden & Timbalan & Setiausaha Agung FAM nak ikut debat ke? Last2 hantar wakil jer....

    ReplyDelete
  3. Dulu main bola negara sapa dpt juara macam2 binus dpt. Skang x dpt juara pn x de hal. Main kelab ke negeri ke gaji dh melambak2. Lbh2 lg yg dr selatan tu

    ReplyDelete
  4. Siapa yg tak nak dtg kita dah tau dia ada buat taik dan perosak kemajuan bolasepak.

    Siapa hantar wakil kita anggap dia pengecut dan tak serius nak bolasepak negara maju. Kasik keluar semua pemimpin busuk.menghabiskan duit rakyat.

    ReplyDelete
  5. Mintak maaf cakaplah ye. Tukar je semua kat dalam FAM tu. Dari atas sampailah ke bawah. Letak je orang yg betul2 pernah tendang bola. Org politik takyah campur. Suruh dia buat keje pertahankan najib. Keje org politik salur dana je utk pembangunan bolasepak. Ini yang ada semua pakar jahanam. Memanglah ranking merosot

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com