innity

pages

Monday, April 25, 2016

[TARIK BALIK DARJAH KEBESARAN ITU KES BESAR] Lupakan "CAKAP BESAR" Ahmad Razif Bugis Pantang Dicabar, Letak Jawatan Lah


Tanpa diduga dan tidak juga muncul apa-apa tanda sebelumnya, tiba-tiba saja politik Terengganu bergelora dengan Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman dilaporkan bermasalah besar dengan pihak istana sehingga gelaran "Datuk Seri" beliau ditarik serta merta.

Apakah punca masalah itu semata-mata kerana sebaris ayat dalam ucapan Ahmad Razif yang menyentuh Yayasan Mizan yang dikatakan menyinggung Sultan Terengganu sehingga baginda menjadi murka atau sebenarnya ada sebab-sebab lain yang kita tidak ketahui?

Apa pun punca masalahnya, ketegangan itu sudah berlaku dan ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk diselesaikan dalam sekelip mata.

Dalam hal ini apakah penyelesaian terbaik untuk mengelakkan hubungan kerajaan negeri dan UMNO dengan pihak istana terus bertambah buruk?

Meminta semua pihak bertenang atau Ahmad Razif sendiri berdiam diri serta mengelak daripada bersuara bukanlah cara yang betul untuk merungkaikan kekusutan yang berlaku itu.

Malah, lagi beliau berdiam diri dan mengelak bercakap dengan wartawan, lagi banyak spekulasi yang timbul.

Harus diakui bahawa jika Menteri Besar bermasalah dengan pihak istana sehingga ke tahap semua gelaran sudah ditarik balik, itu tandanya ia sudah terlalu serius dan amat menyinggung perasaan Sultan Terengganu.

Sebagai menghormati kedudukan Sultan dan demi kepentingan rakyat Terengganu, jalan terbaik ialah Ahmad Razif perlu berundur dan menulis surat perletakan jawatannya dengan seberapa segera.

Lupakanlah "cakap besarnya" sebelum ini bahawa beliau pantang dicabar dan darah yang mengalir dalam tubuhnya pula keturunan Bugis kerana jika ingin bertahan juga, bermakna yang dilawannya ialah Sultan  sendiri iaitu payung kepada seluruh rakyat Terengganu.

Gunalah sifir macam mana sekali pun, hakikatnya tiada guna  beliau bertahan dan tidak berguna juga untuk sesiapa mempertahankannya lagi di kerusi Menteri Besar itu. 

(http://shahbudindotcom.blogspot.my/ 25/04/2016).

10 comments:

  1. Diperingkat kerajaan pusat camana? Ada problem tak Pi em dgn pihak istana negara? Kalu bermasaalah ikut saja tindakkan istana Terengganu

    ReplyDelete
  2. Pahlawan booogis akan turun ke terengganu bg membantu anak buah yg kacundang.
    Terdiam seketika pahlawan boogis terengganu terpana dgn pukulan silang daulat istana. Seberang takir bukan tanah persilatan pahlawan boogiss. Org bugis sebenar tahu adat tahu jaga diri perantau tahu jaga agama. Bukan main hentam kromo..itu boogis namanya.

    ReplyDelete
  3. Kalu betul dan Tulen KEPAHLAWANAN Bugis , org tu akan Meletak Jawatan Serta Merta...kalau dok tunggu Bohh Bugis turun selesai, kira bukan Bugis Tulen doh nihh...
    Letak Jawatan jer lahh...Menyusahkan Rakyat jer kalau mcm ni...

    ReplyDelete
  4. Tak pasal2 nama bugis jadi mangsa, ini semua disebabkan oleh najib!

    Ayuh najib takder maruah takder teloq!

    Tunjukkan darah bugis mu! Sebagai permulaan saman wsj untuk bersihkan nama baik rakyat dan negara malaysia!

    ReplyDelete
  5. Ni tak de kaitan dgn bugis ke tak bugis..bugis dgn bugis pun biasa gaduh mcm orang lain gak..tolong jgn burukkan bugis kerana Sultan Terengganu juga ada mengalir darah bugis dari sebelah johor riau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau mcm tu ambe ada darah bugis juga la skit2

      Delete
  6. Kami org bugis juga tidak suka mana mana pemimpin yg melaratkan rakyat guna kuasa utk kepentingan peribadi..bugis sejati juga tidak boleh merendahkan martabat orang lain walau keturunannya raja atau pahlawan..bugis sejati wajib membntu yang lemah menentang yg zalim..raja besar bugis iaitu La Tenri Tatta Arung Palakka To Malampe Gemmena seorang raja bugis bone soppeng yg berani tapi merendah hati..beliau prnah brkata'aku hanya hamba di tanah bone'..ini mggambarkn beliau memerintah utk kepentingn rkyat dan kegemilangn tanah airnya bukan mggunakn kuasa sehingga menjatuhkan martabat rakyat dan negerinya.. siapa yg mengaku ada darah bugis samaada pahlawan atau raja kembali belajar falsafah bugis bab kepimpinan..contohnya 'tudang sipulung' maksunya duduk berkumpul utk brbincang dan bukannya mbuat keputusan sendiri..falsafah 'siri' sudah tidak sesuai digunakan dlm negara malaysia yg ada undang undang..maksud siri adalah maruah atau martabat..orang dulu dulu jika 'siri'nya sudah di permainkan maka bertikam atau brtarung adalah langkah untuk mngembalikan siri..tapi skrg tdk sesuai lagi dijadikan pegangan yg paling baik adalah sabar dan berdoa pd Allah s.w.t..

    ReplyDelete
  7. Najib dah tunjuk dah darah bugisnya dari dahulu lagi..ni dia..beliau naik dari yb pekan sehingga jadi pm tu bukti falsafah bugis jadilah ketua jgn mahu jadi pengikut..ni lagi buktinya..beliau mengarahkan hapuskan semua penceroboh lahad datu haa tu bukti juga tu beliau dah naik baran bugis..beliau menolak berdebat dgn orang tua haa tu bukti darah bugis bkn saja berani tp bijaksana juga hormat skit org tua..ni lagi bukti dia dah tunjuk darah bugisnya dia dah tolak pgkhianat dan akn terus tolak sbb bugis tak suka pgkhianat..ni lagi bukti dia jenis yg taat pd sultan..darah bugis mesti taat pd sultan..tapi kalo korang nak test sgt darah bugis baik tak payah lah baik korang test darah israel..tapi kalo mengidam sangat nak hina hina bugis saran aku baik tak payah pasal korang gak yg dpt dosa..lagipun korang hina pun tak kan mampu melemahkn darah bugis malah akn brtambah keras..lagipun kita sesama rumpun melayu nenek moyang kita prnh brsama menentang penjajah tak baik saling mghina..

    ReplyDelete
  8. maroh beno sebut bugis ye nia lisa.... najib tunggu hari je.. x lama dah.. xpyh la booking kapal sekali najib.. banyak sgt bau bohongnya...

    ReplyDelete
  9. Bukan apa saudaraku cuba ko fikir apa perasaan sultan kita yg ada brdarah bugis atau rakyt yg brketurunan bugis jika ktrnannya dihina..kita tak pilihpun siapa saja yg jd pm yg pnting baik utk ngra bgsa dn agma..cuma yg tk sedap dgr org yg mghina bgsa bugis trutama affifuddin bks mnteri kwngn..siap hina dalam dewan yg penuh dgn org ramai siap gelak gelak..nasib baik tak ada org bugis bawa badik gi tikam dia kat pntas tu mulut celupar sgt..jgn kata tak ada berani masih ada yg tebal sirinya..dia lecehkn najib yg kerap guna falsafah bugis hingga dia geram kata bugis dulu tahu melanun jak jadi penyamun..najib tu melayu bugis tak salah kalo dia nk ungkapkn flsafah bugis dlm ucapannya..tak kan lah seorang melayu bugis nk handalkan flsafah banglades atau falsafah pakistan takpun flsafah korea..dia bgga dgn flsafah bugisnya daripada guna flsafh bgsa asing..lagipun bugis ni kn rumpun melayu..ikan pun dicakap ikang jugak kalo bugis asli..makan pun dicakap makang mcm org ganu..kat tanah bugis ada mukim marang dalam daerah pangkep sama mcm marang tganu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com