innity

pages

Wednesday, April 13, 2016

Tan Sri Syed Azman bilionair Melayu ‘low profile’ miliki 4 jet peribadi, lebih 40 helikopter


BELIAU asalnya adalah seorang pegawai perisikan tentera yang berkhidmat selama 13 tahun dalam ATM hingga memperoleh pangkat Mejar. Pada tahun 1993, setelah berhenti dari tentera, beliau dan isteri memulakan perniagaan kereta terpakai.
Anak jati Sungai Petani, Kedah ini kemudiannya mula berulang-alik ke London untuk membeli kereta terpakai sebelum menjualnya di Malaysia. Masa itu beliau tidak memiliki AP namun dia berkongsi AP dengan rakan-rakan yang memiliki permit tersebut. Lama kelamaan beliau berjaya juga memiliki AP dari kerajaan dan perniagaan keretanya semakin menjadi sebutan.
Kemudian kerajaan mengambil keputusan memberhentikan pemberian AP terbuka dan hanya menawarkan franchise AP. Untuk mendapatkan franchise AP, Syed Azman perlu dilantik oleh syarikat kereta asing sebagai pengedar then barulah permit itu dianugerahkan kepadanya.
Nasib menyebelahinya apabila beliau berjaya mendapatkan kepercayaan daripada Honda untuk melantiknya sebagai pengedar beberapa jenis kereta tersebut di Malaysia antaranya Honda Jazz. Kemudian Syed Azman mendapat hak untuk mengedar pula Chevrolet dan Suzuki.
Dalam satu temubual dengan akhbar The Star tak lama dulu, Syed Azman berkata, selama menjalankan urusan perniagaan, beliau bosan kerana masanya banyak habis di jalan lalu rakannya mencadangkan beliau membeli helikopter saja untuk ke sana dan ke sini. Pada tahun 2003, beliau membeli sebuah helikopter dengan harga US$1.5 juta bagi kegunaan hariannya, bila heli itu tidak digunakannya, beliau sewakan saja pada mereka yang berminat.
Ketika itulah beliau sedar yang permintaan untuk helikopter ini tinggi di Malaysia. Lima tahun kemudian, beliau berjaya mendapatkan kontrak pertama untuk menyediakan perkhidmatan helikopter untuk membawa pekerja sektor minyak dan gas ke pelantar.
Dan hari ini, pemilik Weststar Aviation Services Sdn Bhd (WAS) itu memiliki lebih 40 buah helikopter, empat buah jet persendirian dan beliau juga memiliki kontrak bernilai RM8 billion bagi membawa pekerja pelantar minyak hingga menjadikannya antara lelaki Melayu terkaya di Malaysia ketika ini.
Ini belum campur perniagaan peluru berpandu, peralatan pertahanan, hartanah, kenderaan, pembinaan dan lain-lain. Walaupun harta dan asetnya mencecah bilion ringgit, Syed Azman enggan menyatakan jumlahnya. Beliau hanya menjawab: “Saya tak boleh beritahu jumlah harta saya, mak saya tak suka.”
Hehehe…comel tak jawapan tu?
Syahril A. Kadir
Artikel ini diambil daripada Facebook Syahril A. Kadir dengan sedikit suntingan.

8 comments:

  1. I like his attitude!

    ReplyDelete
  2. Kaya jual AP masa rafidah...sama masa dng NAZA arwah nasimuddin.... jual AP kaya raya... kroni madey

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bapak kau pon kroni madey tp apesal tak kaya?

      Delete


  3. 2.37,

    Mengapa iri hati dengan kejayaan orang lain?

    Kalau dia berusaha mendapatkan rezeki cara yang sah dan halal, mengapa awak berasa hasad dan dengki?

    Kita tidak tahu betapa banyak halangan dan rintangan serta pahit maung yang dia lalui untuk mencapai kejayaan.

    Yang penting dia tidak menipu dan menyamun duit rakyat sehingga rakyat terpaksa menanggung beban yang berat untuk beberapa generasi yang akan datang.

    Sudah tentu walau pun dia bekas pegawai tentera, hasil kekayaan dia bukannya didapati seperti mana seorang "pahlawan Bugis dan pahlawan Islam" itu.

    Jagalah hati dan jagalah mulut awak tu.

    Jiwa takkan tenteram dan fikiran takkan tenang jika hati itu busuk dan hitam.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..ada org melayu yg kaya. Sepatutnya kita ambil tauladan dari kejayaan beliau. Juga jgn lah kaitkan dgn org lain dlm hal yg negetif spt anon 5.22 pm yg beri komen atas tu. kita tak tau kedudukan sebenarnya..kita tak lihat cuma dengar cerita org saja. Cerita ni belum tentu betul salah. Perkara yg mcm ni serah kpd Allah..Dia yg mengetahui segalanya..dan apakah kaitan kita dgn dia. Berhati hati beri komen..nanti klu tak betul jadi fitnah.

    ReplyDelete
    Replies


    1. Maaf anon 6.26

      Bukti dah banyak di depan mata.

      Hanya hati yang tertutup menghalang penglihatan.

      Delete
  5. Maaf diterima..tak der apa jgn terasa hati..kita cuma beri komen..semua tu ketentuan Allah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com