innity

pages

Tuesday, April 26, 2016

Tan Sri Ismee, CEO Tabung Haji LETAK JAWATAN?


Sebuah artikel oleh The Edge Financial Daily, pada 26 April 2016 melaporkan bahawa menurut sumber,Tan Sri Ismee Ismail meletakkan jawatan sebagai Pengarah Urusan Kumpulan Lembaga Tabung Haji (MD) dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), dan dia dikatakan akan menyertai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang lain berkemungkinan sebagai orang No.2 di Sime Darby Bhd.

Ismee, yang juga merupakan ahli Lembaga Pengarah 1Malaysia Development Bhd (1MDB), telah menjadi MD dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Tabung Haji sejak 2006.


Tabung Haji terperangkap dengan kontroversi berkaitan 1MDB tahun lepas, selepas Tabung Haji mengumumkan telah membeli 0.64ha tanah di Tun Razak Exchange (TRX), projek hartanah besar-besaran oleh 1MDB.

Pembelian tanah itu telah menarik perhatian rakyat kerana ia adalah 43 kali lebih tinggi daripada harga yang dibayar oleh 1MDB untuk memperoleh tanah itu daripada Kerajaan Persekutuan.

Pada Januari tahun ini, Tabung Haji sekali lagi menarik perhatian rakyat selepas pengurusan kewangannya dipersoalkan.

Dalam satu surat yang bocor, Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dikatakan telah mengeluarkan amaran kepada Tabung Haji mengenai kedudukan kewangannya, yang menyatakan bahawa dana Tabung Haji mempunyai lebih banyak liabiliti berbanding aset, dengan hanya 98 sen aset bagi setiap ringgit liabiliti.

Menambahkan kegurasan rakyat, Seksyen 22 Akta Tabung Haji menyatakan bahawa ia tidak boleh mengisytiharkan dividen dan bonus kepada pencarum jika asetnya bernilai kurang daripada liabiliti.

Mingguan Edge telah melaporkan bahawa rizab dana Tabung Haji telah terhakis dengan ketara berikutan amalan membayar bonus yang melebihi pendapatannya sejak 2012.

Sumber: http://www.theedgemarkets.com/my/article/ismee-resigns-lembaga-tabung-haji

7 comments:

  1. Kalau dah memang putar beli najib

    Raja2 melayu..kenape tunggu lagi

    Rakyat bangkit negara kucar kacir

    ReplyDelete
  2. yang putar alam tu sapa agaknya. dalam dok bising kata BNM warning TH bahawa liabiliti melebihi aset, bonus dan dividen pendeposit tetap juga boleh diberi. berapa ramai yang terbohong dengan dakwaan rafizi sehingga membawa kelaur deposit yang disimpan untuk naik haji. akhirnya giliran naik haji hangus kerana termakan dedak beracun si rafizi dan pembohong yang lain. kalau betullah dakwaan2 negatif tersebut, sebaik sahaja bonus dan dividen diumum pada mac lepas maka sudah bankrupkah tabung haji?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Chai 5.46 tabung haji belum bankrap tapi bakal bankrap jika tidak dipantau dikawal dan di selia oleh BNM.

      lihat contoh 1mdb adalah contoh yang baik.

      Siapakah yang melakukan penipuan, samun dan songlap terhadap 1mdb? Sehingga menganaiya rakyat yang terpaksa membayar balik hutang 1mdb!

      Siapakah yg perlu di pertanggungjawabkan?

      Delete
    2. Suruh chai 5:46 lah Tolong bayaq HUTANG wanMdB tuuu...ada brannn ke chai???

      Delete
    3. Wei ko x tau ke Tabung Haji jual aset hartanah berharganya di London utk mendapat wang bagi bayar bonus.Pastu bonus 5% je.Fixed deposit di bank lain kurang setahun lagi untung wei.

      Delete
    4. Wei ko x tau ke Tabung Haji jual aset hartanah berharganya di London utk mendapat wang bagi bayar bonus.Pastu bonus 5% je.Fixed deposit di bank lain kurang setahun lagi untung wei.

      Delete
  3. "Mingguan Edge telah melaporkan bahawa rizab dana Tabung Haji telah terhakis dengan ketara berikutan amalan membayar bonus yang melebihi pendapatannya sejak 2012"

    Baca tu anon 546..dah tau takder duit masih nak bayar bonus dan dividen sbb nak tunjuk kunun TH takder masalah....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com