innity

pages

Friday, April 8, 2016

[SPRM SEDIA SIASAT BEKAS CEO 1MDB JIKA ADA LAPORAN] mungkinkah sisatan SPRM BAKAL Dedahkan perkara-perkara lain?


KUALA LUMPUR, Jumaat – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hanya akan menyiasat segala aduan berkaitan rasuah sekiranya terdapat laporan yang dibuat.
Mengulas perkara itu, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki berkata pihaknya akan menyiasat segala aduan berkaitan rasuah yang diadukan kepada suruhanjaya ini.
“Berhubung dengan apa yang dikatakan Tony Pua setakat ini, pihak SPRM belum lagi menerima sebarang laporan ataupun aduan dari pihak beliau.
“Kita akan melihat sebarang aduan yang akan dikemukakan kepada kita dan kita boleh buat apa-apa tindakan seterusnya,” katanya kepada Astro AWANI.
Beliau berkata demikian mengulas gesaan ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua agar Ketua Polis Negara segera menjalankan siasatan ke atas bekas Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi Azral serta lembaga pengarahnya.
Desakan itu dibuat dalam satu kenyataan susulan pembentangan laporan siasatan PAC terhadap 1MDB yang antara lain mencadangkan siasatan ke atas syarikat itu.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com