innity

pages

Thursday, April 7, 2016

Speaker DUN Johor TAK TAHU komplot GULING MB Johor seperti didedah anak beliau


Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Tan Sri Mohamad Aziz tidak mengetahui komplot untuk menggulingkan Menteri Besar, Datuk Mohamed Khaled Nordin, seperti didedahkan anaknya, Shukur.
Timbalan Pengerusi Tetap UMNO itu dilaporkan berkata, beliau cuba menghubungi anaknya untuk mendapat maklumat lanjut, tetapi gagal.
Dalam tulisan di laman Facebooknya, Shukur yang juga ahli UMNO Sri Gading mendakwa wujud gerakan yang diketuai seorang Timbalan Menteri dari Johor untuk menukar Menteri Besar itu.
Johor mempunyai lima pemimpin yang dilantik sebagai Timbalan Menteri.
Mereka ialah Datuk Ahmad Maslan (Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ); Datuk Razali Ibrahim (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri); Datuk Seri Abdul Aziz Kaprawi (Timbalan Menteri Pengangkutan); Datuk Halimah Sadique (Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan) dan Timbalan Menteri Sumber Asli dan Sekitar, Datuk Dr Ir Hamim Samuri.
“Ada satu gerakan yang sedang dibuat oleh seorang Timbalan Menteri untuk mencantas Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
“Gerakan ini kononnya hendak meletak Timbalan Menteri ini menjadi Menteri Besar Johor bagi pihak (Datuk Seri) Najib Razak menjaga dan mengekang ahli UMNO Johor,” tulis Shukur.
Shukur juga mendakwa Timbalan Menteri itu menawarkan RM1 juta kepada individu yang mampu mendapat persetujuan sekurang-kurangnya 20 cawangan UMNO bahagian Pagoh untuk menolak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai ketua bahagian.
Timbalan Menteri itu juga mahu UMNO negeri itu yang dipengerusikan Mohamed Khaled mengadakan forum terbuka kepada semua ahli UMNO negeri dan menjemput Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said; Aziz; Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr Puad Zarkashi; Ahmad Maslan dan Muhyiddin. - ismaweb

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com